ARTIKEL

Beri maklum balas aduan jalan Pan Borneo

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Berkali-kali membuat aduan malah bersemuka dengan kontraktor agar lubang dan simpang yang rosak di Lebuh Raya Pan Borneo dapat dibaiki, namun usaha ADUN Repok, Datuk Seri Huang Tiong Sii itu sering kali tidak dihiraukan.

Beliau berkata, pelbagai alasan diberikan dan kerja pembaikan sering ditangguhkan, meskipun memberi risiko kepada keselamatan pengguna.

“Saya berkali-kali memohon Pan Borneo untuk memperbaiki lubang, memperbaiki semua simpang jalan di sepanjang jalan Pan Borneo contohnya di sekitar jalan Bulat, Jalan Stok, Jalan Kim San, Jalan Sungai Paoh, Jakar dan sebagainya.

“Sering sekali, aduan ini tidak dihiraukan dan kontraktor memberi pelbagai alasan tidak membaiki atau menyelenggara jalan terbabit,” katanya ketika membahaskan ucapan Yang Dipertua Negeri sempena persidangan DUN, semalam.

Huang berkata, kontraktor yang mematuhi piawaian keselamatan membahayakan pengguna jalan raya seperti lubang tanpa tanda keselamatan, cabang jalan tanpa papan tanda serta keadaan gelap pada waktu malam.

“Saya merayu kepada pihak berkaitan, ini berkaitan masalah keselamatan pengguna dan keadaan jalan-jalan ini adalah dalam keadaan yang sangat serius, ia telah menyebabkan banyak kemalangan jalan.

Baca lain  Wartawan ditumbuk merakam kemalangan

“Saya merayu pihak berkuasa mengambil tindakan segera untuk memperbaiki dan menyelenggara jalan simpang dan utama

yang terjejas akibat daripada pembinaan Pan Borneo,” katanya.

Selain itu, Huang turut mencadangkan pembinaan satu bulatan di persimpangan Jakar untuk memudahkan pengguna jalan berkenaan masuk ke Jakar atau meneruskan perjalanan ke atau dari Sarikei.

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

1 Rumah 1 Jalur Gemilang, pupuk semangat kebangsaan

KUCHING: Kempen 1 Rumah 1 Jalur Gemilang (1R1JG) diperkenalkan dan dilancar Kementerian Komunikasi merupakan satu simbolik bagi menggerakkan hati rakyat Malaysia. Menteri di Jabatan Premier

Sarawak dapat peruntukan RM1.5 bilion dari KKDW

SARIKEI: Sarawak terus mendapat perhatian Kerajaan Persekutuan apabila menerima peruntukan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sebanyak RM1.5 bilion di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).

BERITA TERBARU

Kes COVID-19 meningkat 14.8 peratus – KKM

PUTRAJAYA: Jumlah kes COVID-19 meningkat 14.8 peratus kepada 1,230 kes pada Minggu Epidemiologi ke-20 (ME 20/2024) iaitu bagi tempoh 12 Mei hingga 18 Mei 2024,

1 Rumah 1 Jalur Gemilang, pupuk semangat kebangsaan

KUCHING: Kempen 1 Rumah 1 Jalur Gemilang (1R1JG) diperkenalkan dan dilancar Kementerian Komunikasi merupakan satu simbolik bagi menggerakkan hati rakyat Malaysia. Menteri di Jabatan Premier