ARTIKEL

Profesor Madya Dr Lee Kuok Tiung

Beri nafas baharu kepada Majlis Perwakilan Pelajar dapatkan dana

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Pindaan kepada Seksyen 15A, Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) semalam disambut baik oleh Profesor Madya Dr Lee Kuok Tiung dari Universiti Malaysia Sabah (UMS), yang menyifatkannya sebagai memberikan nafas baharu kepada Majlis Perwakilan Pelajar untuk mendapatkan dana.

Bagaimanapun, beliau menegaskan perlu ada perlembagaan yang jelas daripada siapa dana boleh dikumpul dan jenis perbelanjaan yang dibenarkan.

“Peraturan-peraturan itu perlulah jelas terlebih dahulu kerana kita sedia maklum, badan bukan kerajaan (NGO) seperti Aman Palestin pun kena siasat baru-baru ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi bagi mengulas mengenai keputusan Dewan Rakyat meluluskan pindaan terbaharu kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti melalui undian suara semalam.

Menteri Pendidikan Tinggi, Zambry Abdul Kadir, yang membentangkan rang undang-undang tersebut, berkata penambahbaikan pada Seksyen 15A akta tersebut membenarkan Majlis Perwakilan Pelajar dan Badan Pelajar memungut wang dan menerima sumbangan, tertakluk kepada peraturan dan undang-undang.

“Bagaimanapun, pindaan kepada Seksyen 15A ini masih tidak membenarkan pelajar atas kapasiti individu untuk terlibat dengan aktiviti pungutan wang atau penerimaan wang atau apa-apa sumbangan lain melainkan jika tindakan tersebut dibuat atas nama atau bagi pihak MPP atau mana-mana badan pelajar universiti,” katanya kepada Dewan Rakyat.

Baca lain  Pembantu penguatkuasa BDA didakwa kemuka tuntutan palsu

Selain itu, Lee berkata ia atas faktor penggal Majlis Perwakilan Pelajar yang biasanya berkuat kuasa untuk satu penggal atau setahun sahaja.

Sehubungan itu, katanya, ia memerlukan perlembagaan yang jelas, misalnya baki wang yang diperoleh diturunkan kepada perwakilan seterusnya.

Lee menegaskan, daripada siapa atau sumber mereka memperoleh dana amat sensitif kerana sekiranya daripada parti-parti politik, ia boleh menyebabkan mereka dilabel sebagai memihak kepada penyumbang kewangan mereka.

“Amalan selama ini ialah Majlis Perwakilan Pelajar memperoleh dana daripada pihak universiti untuk aktiviti mereka, dan jenis aktiviti yang mereka boleh terlibat biasanya dipantau agar tidak berlaku ketirisan atau salah guna,” katanya.

BERITA LAIN

Bacaan IPU Sarawak baik, sederhana

KUCHING: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di seluruh Sarawak menunjukkan bacaan baik dan sederhana serta tiada bacaan tidak sihat direkodkan susulan letusan Gunung Ruang di Sulawesi

Adun Repok lawat dua pesakit warga emas

SARIKEI: Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Huang Tiong Sii melawat dua warga emas yang terlantar sakit di kediaman mereka, pada Khamis.

Pesta Beras Adan 2024 di Ba’Kelalan

LAWAS: Ba’Kelalan mempunyai potensi besar untuk dipasarkan dan dipromosikan sebagai destinasi pelancongan ekologi. Yang Dipertua Dewan Negara, Senator Datuk Mutang Tagal berkata demikian susulan pelbagai

BERITA TERBARU

Bacaan IPU Sarawak baik, sederhana

KUCHING: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di seluruh Sarawak menunjukkan bacaan baik dan sederhana serta tiada bacaan tidak sihat direkodkan susulan letusan Gunung Ruang di Sulawesi