Teruna berani buka perniagaan syarikat bukan bumiputera

Trending

Beri peluang kerja kepada peminjam PTPTN

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

BETONG: Menyedia dan memberi peluang pekerjaan kepada peminjam PTPTN merupakan salah satu mekanisme yang dicadangkan oleh Persatuan Warga Islam Saribas (Perwaris) seandainya Kerajaan Sarawak berhasrat membantu anak-anak negeri ini membayar balik pinjaman itu.

Pengerusi Biro Pendidikannya Dr. Abang Ismail Abang Julhi berkata, Perwaris menyokong inisiatif Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg untuk meringankan beban lepasan universiti yang masih menanggung beban hutang.

“Saya menyokong usaha membantu anak-anak Sarawak membayar hutang PTPTN. “Antara mekanisme yang boleh direalisasikan ialah menyedia dan memberikan peluang pekerjaan kepada peminjam ini untuk berkhidmat dalam sektor Kerajaan Sarawak supaya mereka mampu menjejaskan hutang tersebut.

“Setakat ini Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) ada memperkenalkan pengambilan guru interim untuk mengurangkan pengangguran di Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Suara Sarawak ketika ditanya tentang cadangan Kerajaan Sarawak untuk membantu anakanak Sarawak membayar balik pinjaman PTPTN di sini, baru-baru ini.

Namun begitu jelasnya Kerajaan Sarawak perlu mendapatkan perolehan data untuk mengenal pasti jumlah siswazah (anak Sarawak) yang menganggur sehingga membataskan mereka membayar PTPTN.

Baca lain  Permintaan sektor penerbangan jatuh mendadak - IATA

Antara cadangan mekanisme lain tambah Abang Ismail, anak-anak Sarawak yang sudah menamatkan pengajian mereka di peringkat ijazah sarjana muda disarankan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana atau doktor falsafah.

“Pada masa sama, mereka perlu memohon untuk menjadi pembantu penyelidik yang bergaji daripada pihak universiti,” ujarnya.

Walaupun Kerajaan Sarawak sanggup membantu, beliau mengharapkan peminjam harus berusaha mencari kerja. “Jangan bergantung sepenuhnya kepada kerajaan. Elakkan daripada terlalu memilih pekerjaan.

“Jika ada peluang untuk mendapatkan dana perniagaan secara ata talian, maka boleh diteruskan. “Sesungguhnya, pendapatan dalam bidang perniagaan lebih lumayan, cuma kena berani menghadap risiko dan serius,” katanya lagi.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

28 Mei 2023

Berita Terbaru