Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Beri peluang lebih ramai calon wanita bertanding PRU-15

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Wan Junaidi pada sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK), hari ini.

 

Wan Junaidi pada sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK), hari ini.

 

KUCHING: Keputusan Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) adalah untuk memberi peluang kepada lebih ramai calon wanita bertanding.

Bekas Ahli Parlimen Santubong itu berkata, ia kerana negara berkehendakkan lebih ramai golongan wanita untuk sama terlibat diperingkat membuat dasar.

Katanya, keputusan beliau itu telah memberi ruang kepada Rodiyah Sapiee untuk bertanding di Parlimen Batang Sadong bagi menggantikan Datuk Seri Nancy Shukri yang beralih ke Parlimen Santubong.

“Sekiranya saya tidak mengundur diri, ia tidak akan membuat sebarang perubahan.

“Tetapi sekarang wujud perubahan dan sekurang-kurangnya ada pertambahan calon wanita di Sarawak,” katanya dalam sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK), di sini, hari ini.

Tambahnya, sudah tiba masa bagi beliau mengundur diri dan ia tidak dipaksa oleh mana-mana pihak.

Malah katanya, beliau memberi sokongan penuh kepada Nancy sepanjang PRU-15 selain dibantu oleh tiga Adun dari Tanjung Datu (Azizul Adenan), Pantai Damai (Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi) dan Demak Laut (Dr Hazland Abang Hipni).

“Yang penting kita hendak menang, bukan setakat menang tetapi menang dengan cemerlang di kawasan itu,” ujarnya.

Wan Junaidi memulakan karier politik pada PRU 1990 di kerusi Parlimen Batang Lupar dan menjadi wakil rakyat bagi parlimen tersebut selama tiga penggal.

Pada PRU 2004, beliau bertukar kerusi dengan Datuk Seri Rohani Abdul Karim dengan bertanding di Santubong dan mengekalkan kerusi tersebut pada pilihan raya 2008, 2013 dan 2018.

Pada PRU-14, beliau memperoleh majoriti 19,485 dengan 26,379 undian sekali gus menewaskan calon Pakatan Harapan (PH) Mohamad Fidzuan Zaidi yang hanya mendapat 6,894 undi.

Gabung Parti Sarawak (GPS) mempertaruhkan lima calon wanita pada PRU-15 ini iaitu Datuk Seri Nancy Shukri di Parlimen Santubong, Datuk Rubiah Wang di Parlimen Kota Samarahan, Rodiyah Sapiee di Parlimen Batang Sadong, Datuk Seri Doris Sophia Brodi di Parlimen Sri Aman dan Datuk Hanifah Hajar Taib di Parlimen Mukah.

 

Berita Berkaitan

E-Paper

22 Mac 2023

Berita Terbaru