ARTIKEL

Beri peluang pekerjaan bekas atlet negara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

YAYASAN Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) berharap lebih banyak agensi dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) menawarkan peluang pekerjaan kepada bekas atlet negara.

Pengerusi YAKEB Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed berkata tawaran pekerjaan daripada entiti berkenaan amat diperlukan untuk memastikan bekas atlet boleh meneruskan kehidupan yang selesa selepas tidak lagi bergelar atlet negara.

“Kami sedang berusaha menjalin kerjasama dengan agensi kerajaan dan GLC untuk mewujudkan peluang pekerjaan kepada bekas atlet negara.

“Kerajaan memang telah banyak menghulurkan bantuan, tetapi kami percaya kehidupan bekas atlet akan lebih terjamin sekiranya mereka ditawarkan dengan peluang pekerjaan,” katanya kepada Bernama.

Beliau ditemui selepas perlawanan bola sepak antara Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan Persatuan Bekas Pemain Bola Sepak Selangor (PBPBS) anjuran bersama KTMB dan YAKEB semalam, yang turut bertujuan mengumpul dana membantu rakyat Palestin.

Noorul Ariffin berkata selaku pertubuhan yang dipertanggungjawab mengurus kebajikan bekas atlet negara, pihaknya komited dalam menyediakan peluang kepada golongan itu untuk menggunakan ilmu dan pengalaman mereka bagi menyara kehidupan sambil menyumbang semula kepada masyarakat.

“YAKEB berharap agensi kerajaan, GLC atau sektor korporat lain menyertai program ‘Learn From The Pros’ dengan melaluinya bekas atlet akan berkhidmat sebagai jurulatih kepada agensi atau syarikat yang tampil bekerjasama,” katanya.- Bernama

LAIN-LAIN BERITA

Harimau Malaya pindah kandang jika…

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mempunyai perancangan sekiranya Stadium Nasional Bukit Jalil tidak bersedia untuk perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 antara Harimau

Pencarian bakat baharu di Betong

BETONG: Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Betong (BDFA), Abang Suhordie Abang Zaini, menzahir ucapan terima kasih kepada pihak Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) Sarawak

Muhammad Haikal sasar juara badminton Masters Orleans

KUALA LUMPUR: Pemain beregu lelaki negara, Muhammad Haikal Nazri meletakkan sasaran membawa pulang mahkota kejuaraan sulung tahun ini bersama pasangannya, Choong Hon Jian pada kejohanan Badminton Masters

BERITA TERBARU

Kuarters lama JKR terbakar

SIMANGGANG: Sebuah kuarters lama Jabatan Kerja Raya (JKR) yang tidak berpenghuni terbakar awal pagi tadi. Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Tiga (Sri Aman) Muhammad Rais

IPD Kuching akan perkenal platform e-aduan

KUCHING: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching akan memperkenalkan platform e-aduan untuk memudahkan masyarakat menyampaikan aduan jenayah secara dalam talian kepada pihaknya. Ketua Polis Daerah