Trending

Beri pendedahan ilmu arkeologi menerusi e-kempen

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Persepsi masyarakat terhadap ilmu arkeologi masih berada pada tahap yang rendah, malah ada yang tidak mengetahui kepentingannya.

Untuk itu, sekumpulan pelajar dari Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan program Antropologi dan Sosiologi Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) membuat perkongsian berhubung perkara tersebut.

Badrul Amin Sanusi yang mengetuai kumpulan tersebut menerusi Perkhidmatan Pembelajaran Malaysia (SULAM) memberitahu bahawa platform SULAM ini digunakan untuk mendedahkan ilmu arkeologi kepada masyarakat.

“Oleh itu, kami mewujudkan e-kempen ini untuk mendedahkan kepada orang ramai untuk mengenali tapak arkeologi yang terdapat di Sarawak melalui video bermaklumat dan disiarkan dalam media sosial (TikTok) sebagai ilmu yang bermanfaat.

“Justeru, kami mengambil peluang menerusi SULAM untuk memberi pendedahan berkaitan ilmu tersebut agar masyarakat dapat belajar, memperkaya dan meneroka kehidupan yang wujud sebelum kita,” katanya ketika ditemu bual.

Mengulas lanjut, fokus kumpulan bertumpu kepada pendedahan ilmu arkeologi serta peranan yang dimainkan dalam menyumbang kepada pemuliharaan dan aktiviti pelancongan tapak arkeologi.

Kesemua pelajar yang terlibat dalam kempen tersebut memilih Gua Angin sebagai tapak kajian yang ingin dikongsikan kepada orang ramai.

Perkongsian lanjut telah dibuat menerusi akaun @Archeology.101 di aplikasi TikTok bermula 5 Jun sehingga 12 Jun.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru