ARTIKEL

ERUCAP… Fatimah berucap sempena perasmian Majlis Graduasi Ke-20 Tadika Johan, Konsert Tahunan 2023 dan Sambutan Ulang Tahun Ke-20 Tadika Johan di Muzium Budaya Borneo (BCM) di sini, hari ini.

Beri penekanan terhadap pembinaan karakter dalam kalangan kanak-kanak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Institusi Pendidikan Awal Kanak-kanak (IPAKK) di Sarawak digesa untuk terus memberi penekanan terhadap pembinaan karakter dalam kalangan kanak-kanak.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, perkara tersebut merupakan antara yang diberi fokus oleh kementeriannya pada tahun ini.

SIMBOLIK… Fatimah (kanan) memakaikan mortar-board (topi mortar atau konvokesyen) kepada salah seorang murid Tadika Johan sebagai simbolik menyempurnakan majlis pembukaan dan Ulang Tahun Ke-20 Tadika Johan.

“Justeru, kita mahu memastikan kesemua IPAKK termasuk Taman didikan kanak-kanak (Tadika) dan sebagainya untuk melihat semula bagaimana penekanan boleh diberikan.

“Ia penting kerana dari peringkat awal usia kita boleh membentuk sahsiah anak-anak untuk menjadi lebih berkualiti dan membantu meningkatkan nilai moral dalam diri mereka,” katanya.

RAKAMAN KENANGAN… Fatimah merakam gambar kenangan bersama-sama tetamu kehormat yang lain selepas menyempurnakan upacara pemotongan reben.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Graduasi Ke-20 Tadika Johan, Konsert Tahunan 2023 dan Sambutan Ulang Tahun Ke-20 Tadika Johan di Muzium Budaya Borneo (BCM) di sini, hari ini.

Dalam usaha tersebut juga, Fatimah memberitahu bahawa KPWK akan terus memperkasakan program sedia ada dan memperkenalkan program-program baharu bagi menyemai nilai-nilai murni dalam kalangan anak-anak.

CENDERAHATI… Wong (dua kiri) menyampaikan cenderahati kepada Fatimah (dua kanan).

Sementara, Fatimah turut menyempurnakan simbolik perasmian Majlis Graduasi dan Sambutan Ulang Tahun Ke-20 Tadika Johan serta menyampaikan sijil graduasi kepada penerima.

Hadir sama Guru Besar Tadika Johan Wong Ai Lin; Pengerusi Tadika Johan Bong Khee Chong; Presiden, Pertubuhan Pengusaha Tadika Sarawak (AKO) Jason Kong Nian; serta wakil yang lain.

SIJIL… Fatimah menyampaikan sijil graduasi kepada salah seorang penerima.

BERITA LAIN

STU erat hubungan kerjasama dengan JPNS

KUCHING: Kesatuan Guru Sarawak (STU) buat julung kalinya mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS), Rabu lalu (29 Mei). Presidennya, Kullin Djayang berkata,

Baitul Mahabbah Bekenu lebih kondusif

MIRI: Penubuhan Baitul Mahabbah Bekenu membuktikan keprihatinan kerajaan dengan komitmen Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam memastikan hak asasi serta kebajikan

PM UCAP SELAMAT MENYAMBUT PESTA KAAMATAN, HARI GAWAI

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut Pesta Kaamatan serta Hari Gawai kepada masyarakat di Sabah dan Sarawak. Beliau berkata kedua-dua perayaan mampu

BERITA TERBARU

STU erat hubungan kerjasama dengan JPNS

KUCHING: Kesatuan Guru Sarawak (STU) buat julung kalinya mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS), Rabu lalu (29 Mei). Presidennya, Kullin Djayang berkata,

Penunggang motosikal maut bertembung kereta

SEBUYAU: Seorang lelaki berusia 25 tahun maut selepas motosikal yang ditungganginya terlibat dalam kemalangan jalan raya dengan sebuah kereta di Jalan Kampung Seruyuk ke Sebuyau