Trending

Beri sokongan kepada Awla demi kesinambungan pembangunan Dun Simunjan-Nancy Shukri

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

SIMUNJAN : Pengundi di Dun Simunjan diingatkan supaya memberikan sokongan penuh kepada Calon GPS Awla Idris demi kesinambungan perancangan pembangunan yang telah dirancang bagi kawasan itu.

Naib Ketua Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Nancy Shukri berkata tindakan memberi undi kepada parti lain (Pembangkang) hanya akan menyebabkan segala perancangan rapi yang telah dibuat selama ini tergendala.

“Pada masa yang sama, ia dikhuatiri memberi kesan negatif terhadap pembangunan kawasan setempat,” katanya semasa berucap di Program Pemimpin Bersama Rakyat (Ranting Ranting Hijrah dan Hijrah Lintang) yang diadakan di Dewan Kampung Nanas disini, pagi tadi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Batang Sadong berkata, apabila Datuk Patinggi Tan Sri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menjadi Ketua Menteri, telah banyak usaha dilakukan olehnya demi memajukan Sarawak.

“Saya tahu ada yang aktif dalam Media Sosial seperti dalam Facebook, ada orang ngatik-ngatik (membuat gurauan) sikit.

Nancy (tengah) dan calon GPS bagi Dun Simunjan Awla Idris (kanan sekali) bergambar bersama penyokong selepas program selesai.

“Mengatakan kami (kerajaan) membuat pelbagai janji seperti ERT dan sebagainya.

“Ia memang tidak akan dapat disiapkan dengan serta-merta,” katanya.

Tambah beliau, apa yang penting ialah hasrat kerajaan untuk menuju kemajuan, dengan mengambil contoh apa yang telah dijanjikan semasa kerajaan GPS memegang tampuk pemerintahan sebelum ini.

“Saya terpaksa menjelaskan bahawa saya ada menjanjikan 90 buah bas berkuasa elektrik sebelum ini, ia memang betul dan bukan cakap kosong, malah telah ada perjanjian Memorandum Persefahaman (MOU) dilakukan.

“Tetapi apabila kerajaan Barisan Nasional (BN) kalah ketika itu, maka semua itu telah dibatalkan.

“Begitu juga dengan projek-projek lain di kawasan ini, di Dun Simunjan banyak projek yang diminta oleh rakyat juga telah dibatalkan pada masa itu.

“Alhamdulillah, kerana kita mempunyai sebuah kerajaan negeri yang tahu dan cukup memahami kesusahan rakyat, maka sekarang baru ada peruntukan diberikan untuk meneruskan segala projek-projek yang terbengkalai,” tambahnya lagi.

Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat di Dun Simunjan agar menyokong dan memberi undi sebanyak mungkin kepada calon Awla Idris.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

PBK bawa politik murahan

BETONG: Membangkitkan dakwaan tentang kemungkinan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS)

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru