ARTIKEL

Beri upah lumayan pekerja, elak ketirisan, perkukuh tatakelola – PM Anwar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEPANG: Pengurusan syarikat penerbangan yang baik dapat memberi pendapatan lumayan kepada pekerja setimpal dengan khidmat mereka, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, justeru Kementerian Pengangkutan (MOT), Khazanah Nasional Bhd dan Malaysia Aviation Group (MAG) harus memberi fokus kepada pengurusan Malaysia Airlines (MAB) agar sebarang ketirisan dapat dielak dan tatakelola diperkukuh.

“Saya harap kerjasama MAG, Khazanah dan MOT diteruskan kerana kesediaan kita kerja sebagai pasukan dengan prinsip ketelusan mengelak pembaziran.

“Kita boleh selamatkan negara dan beri habuan dan pulangan upah kepada staf.

“Jangan kita remehkan soal ini kerana (pekerja) ada keluarga dan berhak diberi perhatian dan pertimbangan. Oleh kerana keputusan kita cermat, berhemah, urus dengan baik dan telus akan menjamin masa depan lebih baik kepada mereka,” katanya.

Anwar berkata demikian pada majlis pelancaran kampus dan majlis pecah tanah Pusat Simulasi Penerbangan MAB Academy, hari ini. 

Bernama

BERITA LAIN

BERITA TERBARU