Berita baik buat pencari kerja di Sarawak

SARATOK: Berita baik buat pencari kerja, satu sesi temuduga terbuka anjuran Eagle Hr Social Media Sdn Bhd akan berlangsung di empat lokasi berbeza sekitar Sarawak pada waktu dan hari yang sama pada 28 hingga 29 September ini dari jam 8 pagi hingga 5 petang.

Empat kawasan tersebut ialah melibatkan Bilik Mesyuarat Perpustakaan Saratok, Dewan Serbaguna (Badminton) Kampung Belawai, Masjid As- Sabirin Kabong dan Market Square Roban.

Sebanyak lebih 100 pekerjaan bakal ditawarkan dalam sesi temuduga tersebut dan kepada calon temuduga mereka perlulah membawa kad pengenalan, gambar berukuran passport dan salinan sijil kelayakan serta resume (jika ada).

Kekosongan jawatan yang bakal diisi ini melibatkan pelbagai sektor dalam dunia pekerjaan misalnya dalam bidang hospitaliti, bidang jualan dan perniagaan, operator, restoran dan makanan, perhotelan, dan banyak lagi peluang pekerjaan lain.

Orang ramai yang berhasrat untuk menghadiri temuduga terbuka ini perlulah berpakaian kemas dan sesuai untuk sesi tersebut.

Untuk maklumat lanjut tentang temuduga terbuka ini boleh menghubungi 01131790733 (Azuna), 0148913262 (Arif), 01112013054 (Afida), dan 0164509704 (Aida).

Suara Sarawak