ARTIKEL

Kenangan yang sempat dirakam Pengerusi Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA) Cawangan Kuching Datuk Sim Kiang Chiok bersama-sama Allahyarham Tun Abdul Taib.

Berita yang menyedihkan – Datuk Sim Kiang Chiok

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING : Pengerusi Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA) Cawangan Kuching Datuk Sim Kiang Chiok, menyifatkan pemergian bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud sebagai khabar yang menyedihkan.

Menurut Kiang Chiok, Tun Abdul Taib merupakan rakan sekelas mendiang bapanya dan kawan yang sangat rapat dengan keluarganya iaitu keluarga Sim.

“Saya masih ingat mendiang bapa saya, Datuk Sim Swee Yong, sentiasa memuji pencapaiannya untuk Sarawak, baik sebagai Ketua Menteri mahu Yang di-Pertua Negeri (TYT) kita,” katanya.

Beliau berkata, Tun Taib ialah seorang pemimpin yang sederhana dan cemerlang, mendapat pendidikan di Sekolah St. Joseph De La Salle.

Menurutnya, Tun Taib meninggalkan sebuah negeri yang diuruskan oleh rakyat Sarawak, dengan rizab kewangan dan asas yang sangat kukuh.

Kestabilan Sarawak hasil perjuangan pemimpin itu katanya, melonjak pembangunan Sarawak melalui inisiatif yang diperkenalkan seperti empangan hidro, Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE), dan rizab kewangan yang sihat.

“Sebagai seorang pemimpin yang sederhana dan inklusif, dia menggalakkan mendiang ayah saya untuk mengadakan Pesta Kuih Bulan sebagai acara tahunan di Jalan Carpenter.

Baca lain  Koronavirus: Lapan kes disyaki di Sarawak masih menunggu keputusan

“Acara ini juga mempamerkan dasar kerajaannya yang sederhana dan inklusif. Antara kata nasihat beliau yang masih saya ingat : “Kita tidak boleh memilih ibu bapa kita, mahupun bangsa kita, jadi kita mesti berlaku adil kepada semua.”

“Kehilangan beliau amat memberi kesan bukan sahaja kepada keluarga Sim tetapi semua yang mengenalinya dan saya cukup terharu dengan kepimpinan serta visi beliau untuk Sarawak,” tambahnya.

End//3

BERITA LAIN

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,

Stadium mini Sambir lengkap lampu limpah

ASAJAYA: Kejohanan Piala Perpaduan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asajaya Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dijangka berlangsung berlainan iaitu dimainkan pada sebelah malam. Itu

BERITA TERBARU

Kyrgyzstan sekat TikTok

BISHKEK: Wanita muda, Aku Sharsheeva, 22, berasa kecewa apabila gagal mengakses platform TikTok di studio fotografinya di ibu kota Kyrgyzstan minggu ini. “Tiada apa-apa yang

Restoran Chef Arnold dikritik

CEF selebriti Indonesia, Chef Arnold, 35, mengakui kesal apabila restorannya dikecam oleh pengulas makanan, Codeblu. Menurutnya, pempengaruh TikTok itu mengunjungi restorannya baru-baru ini. Chef Arnold

Alternatif interpretasi karya sastera

MUZIK dan sastera merupakan dua aliran cabang seni yang sekian lama wujud dalam peradaban manusia. Muzik sebagai gubahan bunyi yang menghasilkan bentuk dan irama yang