ARTIKEL

Berjaya jejak 17 spesis hidupan di Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Program Penyelidikan untuk Memperhebat Pengurusan Kaya Bio (RIMBA) berjaya merekodkan penemuan 17 spesis baharu hidupan di Sarawak.

Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar II Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, spesis baharu itu terdiri daripada lapan spesis pokok Begonia, tiga (serangga), masing-masing satu (reptilia dan burung), serta empat (ketam).

Katanya, RIMBA Sarawak merupakan program penyelidikan yang dijalankan oleh Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) yang menyasarkan pemeliharaan, perlindungan dan pengurusan sumber biodiversiti secara mampan. 

“Pada masa sama, RIMBA Sarawak juga menjadi platform antarabangsa di dalam pertukaran pengetahuan, kepakaran dan teknologi melibatkan pemeliharaan biodiversiti serta penyelidikan saintifik,” katanya.

Timbalan Premier itu juga berkata demikian dalam ucapan penggulungan kementeriannya pada mesyuarat kedua penggal kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-19 di sini, hari ini.

Tambahnya, Kerajaan Sarawak melalui JHS dan SFC telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk meningkatkan sosioekonomi komuniti yang tinggal di kawasan berhampiran dengan Hutan Simpan Kekal (PFE) dan Kawasan Terlindung Sepenuhnya (TPA).  

LAIN-LAIN BERITA

BERITA TERBARU

Meruked lancar muzik video baharu

KUMPULAN muzik tempatan Meruked melancarkan single dan muzik video terbaharu mereka berjudul Kining Posah pada Jumaat ini.  Menurut vokalis, Syed Ashraf Edruce, Kining Posah bermaksud

Tarikan ekopelancongan burung walit

AKTIVITI EKONOMI dan keusahawanan penduduk kampung mampu dibangun dan diperkasa melalui pembangunan Projek Ekopelancongan Burung Walit Kampung Merembeh. Projek tersebut membuka peluang pekerjaan baharu dan