ARTIKEL

Berkempen guna logo BN, tindakan calon bebas disiasat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Seorang lelaki yang juga calon bebas dilaporkan menyamar sebagai calon parti Barisan Nasional (BN) dalam kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Jurucakap media polis Kontinjen Sarawak PRU-15 dalam satu kenyataan berkata, tertuduh dikatakan  melakukan perbuatan rasuah melalui pengaruh tidak wajar dengan menggunakan simbol BN untuk berkempen.

“Suspek dikatakan telah mencetak dan mempamerkan bahan-bahan kempen dalam tempoh kempen bermula 5 November 2022 di seluruh bahagian P193 Santubong.

“Suspek menggunakan huruf BN, warna biru dan putih yang mendorong pemilih untuk mempercayai beliau adalah calon yang mewakili BN,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, polis menerima tiga laporan berhubung poster dan bendera calon bebas dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) telah dirosakkan oleh individu tidak dikenali.

Satu kejadian berlaku membabitkan poster bersaiz 20×20 calon bebas di Jalan Setia Raja Kuching telah dirosakkan.

Manakala seorang lelaki ditahan berhubung kes banner parti DAP dirosakkan dengan objek tajam di Jalan Temple Kuching yang disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan (KK).

Satu lagi kes sama yang berlaku di daerah Kuching masih lagi dalam siasatan.

Secara keseluruhan, kenyataan itu mengesahkan terdapat 10 laporan polis telah diterima berhubung salah laku PRU-15 di seluruh Sarawak setakat hari ini (17 November 2022).

Setakat Rabu (16 November), polis Sarawak telah meluluskan sebanyak 291 permit ceramah dan kempen kepada parti-parti politik di seluruh negeri Sarawak.

LAIN-LAIN BERITA

WBC 2024: 13 negara terawal sahkan penyertaan

KUCHING: Seramai 13 petinju dari negara berbeza telah mengesahkan penyertaan mereka untuk bersaing di Kejuaraan Tinju Dunia (WBC) 2024 yang dijadual berlangsung di Stadium Perpaduan,

BERITA TERBARU

Bakih strategik KGC deka ditambah

SARIKEI: Opis Menteri Pemansang Indu, Nembiak Mit enggau Pengelantang Komuniti Sarawak (KPWK) benung chakah ngatur pengawa sida ngambi mayuh agi premis nerima Kenyalang Gold Card