AGM PBBS 2026/2028
KOTA SAMARAHAN: Tarikh Mesyuarat Agung Dwitahunan, Persatuan Bola Sepak Bahagian Samarahan (PBBS) 2026/2028 masih belum ditetapkan lagi.
Bagaimanapun, Presiden PBBS, Mohd. Azri Johari memberi bayangan bahawa mesyuarat untuk membentuk barisan kepimpinan baharu badan induk berkenaan akan diadakan hujung bulan Jun.
“Kita masih belum menetapkan tarikh berlangsungnya mesyuarat tersebut (AGM PBBS).
“Apa yang pasti kita akan mengadakannya hujung bulan Jun nanti,” ujar Azri kepada Arena Suara Sarawak.
Menurut Azri, tambahan pula tarikh tamat penggal sedia ada pada hujung bulan Jun depan.
Justeru jelas Azri, sebab itu pihaknya mengambil pendekatan selari untuk mengadakan mesyuarat berkenaan hujung bulan Jun depan.





