Berlatih di ibu negara

PRESIDEN Sarawak United FC, Datuk Posa Majais memberitahu, pihaknya memuktamadkan keputusan bahawa sesi latihan membabitkan pemain skuad terbabit akan diadakan di ibu negara.
Keputusan tersebut dibuat ekoran lanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sehingga 31 Mac nanti.
Menurut Datuk Posa, sebagai mana diketahui masyarakat luar yang ingin memasuki Sarawak perlu menjalani kuarantin selama sepuluh hari.
Oleh yang demikian katanya, proses tersebut menelan kos yang besar apabila pemain serta pegawai yang akan ke Kuching terpaksa melaluinya.
“Kita telah memuktamadkan keputusan bahawa sesi latihan pasukan akan berpusat di ibu negara.
“Jika kita berlatih di sini (Kuching) ia membataskan persiapan pasukan untuk menghadapi kempen Liga Malaysia 2021,” ujar Datuk Posa ketika mengulas mengenai perkara itu.
Sambil cuba merujuk latihan yang berpusat di Kuala Lumpur itu juga akan memudahkan pasukan kendalian E. Elavrasan untuk mengadakan lebih banyak aksi persabahatan di sana.
Tambah Datuk Posa, cadangan pihaknya untuk memulakan sesi latihan terhadap pemain pada Isnin depan (11 Januari).