ARTIKEL

Berlumba go-kart di pusat beli belah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

AKTIVITI SUKAN BERMOTOR kecil tidak terhad di padang lumba sahaja, malah tersedia di pusat beli-belah. Borneo Dash-Kart menawarkan pengalaman baharu ini dengan landskap bandar.

Ia menjadikan aktiviti lumba trek ini pertama berada di tempat letak kereta atas bumbung Aeon Mall, Kuching.

Pengunjung boleh berlumba go-kart bermula dari 10 pagi hingga 10 malam setiap hari.

Sukan go-kart popular dalam kalangan mereka yang minat dengan cabaran dan kelajuan.

Berlumba mengelilingi trek pada kelajuan tinggi, menjadi cara terbaik untuk melepaskan tenaga dan melupakan tekanan seharian.

Go-kart bukan sekadar aktiviti mendebarkan dan mengujakan, tetapi ia cara terbaik untuk menghilangkan tekanan dan berseronok.

Go-kart mempunyai reka bentuk pedal berbeza — butang merah untuk mengundur dan butang hijau untuk memecut.

Pedal juga boleh laras dan kira detik mengikut tetapan perlumbaan F1.

Trek yang disediakan sepanjang 415 meter, dengan 16 sudut dan diterangi lampu dan lebih 3,000 tayar berfungsi sebagai penghadang trek.

Borneo Dash Kart mempunyai 10 go-kart elektrik, menampilkan model CS7 dan CS8.

Baca lain  Al-Quran Braille

Menawarkan pelbagai tahap kawalan dan prestasi yang disesuaikan dengan pilihan pemandu.

Harga yang ditawarkan juga amat berpatutan.

Borneo Dash Kart juga menawarkan promosi harga pakej dengan tempoh sepuluh minit bagi setiap sesi.

Walaupun terdapat kemudahan go-kart sedia ada di Kuching tetapi biasanya ia terletak di luar pusat bandar.

Orang ramai boleh ke trek ini di tingkat empat melalui eskalator pusat beli-belah.

Tiada had umur yang dikenakan kepada pelanggan tetapi pelanggan di bawah usia 18 tahun dinasihatkan datang bersama-sama penjaga.

BERITA LAIN

Pengurusan rekod sistematik, efisien

SESI kunjungan hormat Ikmas ke Arkib Negara Malaysia Negeri Sarawak diketuai Timbalan Pengarah Ikmas, Abd Malek Ghazali dan disambut Pengarah Arkib Negara Malaysia Negeri Sarawak

Lawatan ke CENTEXS

SERAMAI 106 pelajar semester dua Diploma Dakwah Islamiyah mengikuti lawatan ke Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS) diiringi enam pegawai Ikmas. Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan

Kuih bongkol juadah istimewa Sarawak

KUIH bongkol tidak asing lagi bagi masyarakat Sarawak lebih-lebih lagi pada Ramadan lalu. Malah, kuih ini pasti menjadi salah satu hidangan wajib dijual oleh peniaga

Bertuntung gaya moden

TRADISI “bertuntung” dilihat semakin moden dengan gabungan lampu LED atau lampu liplap sebagai penyeri rumah pada 10 malam terakhir Ramadan sehingga Syawal di Sarawak. Tradisi

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,