Berminat menjadi pemantau bantuan?

SIBU: Ada yang berminat menjadi sukarelawan Pasukan Pemantau Bantuan di Dun Nangka?
Hubungi nombor di dalam poster ini.
Nombor di poster ini hanya untuk yang berminat menjadi sukarelawan, bukan untuk memohon bantuan makanan PKP 2.0.
Tujuan penubuhan pasukan pemantau ini adalah untuk menjadi pasukan semak dan imbang penyerahan bantuan dan memaklumkan kepada wakil rakyat atau pihak berwajib jika berlakunya penyelewengan penyaluran bantuan.
Ia juga untuk membolehkan pasukan ini memaklumkan kepada petugas jika ada individu yang sepatutnya menerima bantuan belum menerima bungkusan makanan.
Ini adalah untuk ketelusan dan mengelak tuduhan yang tidak berasas mengenai bantuan makanan ini.

Suara Sarawak