ARTIKEL

Editor Eksekutif, Meja Berita, Perkhidmatan Berita Antarabangsa Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), Ravichandran DJ Paul (dua, kanan) memberi taklimat kepada Timbalan Ketua Kumpulan Media China (CMG) Asia Pasifik Liao Li (tiga, kiri) di Wisma BERNAMA, semalam. | BERNAMA

Bernama, CMG tandatangani MoU pertukaran kandungan media

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Agensi Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan China Media Group (CMG) Asia Pasifik akan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) mengenai pertukaran kandungan media ketika kedua-dua pihak berusaha meningkatkan kerjasama strategik antara penggiat media di kedua-dua negara. 

Perkembangan itu didedahkan oleh Editor Eksekutif Perkhidmatan Berita Antarabangsa Bernama, Ravichandran DJ Paul, selepas mesyuarat dua hala dengan Timbalan Ketua CMG Liao Li dan delegasinya ke ibu pejabat agensi berita itu di Wisma Bernama di sini pada Selasa.

MoU yang dicadangkan itu, yang kini dalam fasa akhir penyediaan, bukan sahaja tepat pada masanya untuk meningkatkan misi Bernama bagi menyediakan kandungan media terkini dan berkualiti merentasi semua platform kepada khalayaknya di seluruh dunia, tetapi ia juga penting sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China tahun ini. 

Perjanjian tersebut adalah yang pertama kali ditandatangani oleh CMG, konglomerat media terbesar di dunia, dengan sebuah organisasi media tempatan di Malaysia.

Sementara itu, Liao melahirkan keyakinan bahawa perkongsian CMG dengan Bernama akan menerajui kerjasama yang lebih kukuh antara kedua-dua organisasi melangkaui pertukaran kandungan media untuk memasukkan teknologi dan pembinaan kapasiti.

Beliau turut mencadangkan agar Bernama dan CMG bersama-sama menghasilkan satu program khas bagi memperingati sambutan Jubli Emas.

Dalam perkembangan lain, Liao berkata bagi menunjukkan sokongan kepada Malaysia sebagai anggota penting ASEAN, CMG bersedia untuk menerbitkan dan menyiarkan lebih banyak kandungan media berkaitan Pengerusi ASEAN yang digalas oleh Malaysia tahun depan. — BERNAMA

BERITA LAIN

Ireland secara rasmi iktiraf Negara Palestin

DUBLIN: Ireland secara rasmi mengiktiraf Negara Palestin dan menggesa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mendengar suara masyarakat antarabangsa dan menghentikan malapetaka kemanusiaan di Semenanjung

Jepun mahu tubuhkan organisasi siasat kejadian UFO

TOKYO: Penggubal undang-undang Jepun pada Selasa bertemu untuk mewujudkan kumpulan dwipartisan yang akan meminta kerajaan menubuhkan organisasi untuk menyiasat fenomena udara tidak dikenal pasti atau

BERITA TERBARU

Penyulut SPM meri pengaga ngagai semua

KUCHING: Bulih pemutus peresa nyulut ba Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 ukai penyulut siku orang aja tang nya penyulut semua raban. Nembiak Sekula Sekondari (SMK)