ARTIKEL

BERSEMANGAT... Rentap (enam kiri) bergambar kenangan bersama ahli jawatankuasa penganjur dan pengunjung semasa meninjau Bazar Ramadan Tasik Medan Betong, semalam. | Foto Osman Razali

Berniaga di bazar Ramadan, bukti belia minat bidang keusahawanan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BETONG: Penglibatan golongan muda dalam perniagaan di bazar Ramadan membuktikan kesungguhan mereka merebut peluang menggandakan pendapatan pada bulan mulia ini.

Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Gerald Rentap Jabu, berkata ia satu petunjuk bahawa rata-rata belia bersemangat dalam bidang keusahawanan.

“Yang saya nampak, ramai anak muda terlibat.

“Mereka menjual aneka juadah khususnya makanan tradisi masyarakat setempat.

“Saya cukup teruja dan bersemangat memberikan sokongan lebih kepada mereka kerana banyak lagi program seumpamanya diatur selain pasar tani.

“Selepas bazar Ramadan, kita merancang bazar Gawai.

“Maknanya peluang besar kepada belia untuk menambah pendapatan dari semasa ke semasa,” katanya ketika ditemui selepas meninjau aktiviti jualan di Bazar Ramadan Tasik Medan Betong, semalam.

Jelasnya, pekarangan Tasik Medan Betong antara tempat yang strategik bagi penganjuran bazar Ramadan.

Ditanya mengenai kebersihan dan keselamatan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Layar itu menyatakan aspek penting itu diberikan keutamaan.

“Memang ada pemantauan daripada Pejabat Kesihatan Bahagian Betong dan Majlis Daerah Betong.

Baca lain  Seludup dadah guna bas ekspres

Saya perhatikan memang terjaga dan pengunjung tidak perlu risau memandangkan pemantauan berterusan dilakukan,” ujarnya.

Beliau mengajak orang ramai menyokong aktiviti jualan di Bazar Ramadan Tasik Medan Betong kerana pelbagai juadah boleh diperoleh.

“Yang saya kagum, di sini kita menyaksikan bukan sahaja masyarakat Melayu yang datang tetapi mereka yang berbangsa Iban, Cina dan sebagainya.

“Dan ini platform bagi mengeratkan perpaduan kaum di Betong yang terjalin sejak dahulu lagi,” tambahnya.

Ditanya mengenai cadangan tapak kekal, beliau menyatakan banyak faktor perlu diambil kira.

“Yang penting, masyarakat kita boleh berniaga, seterusnya menambah pendapatan untuk kesejahteraan hidup,” katanya.

Pada tahun ini, bazar Ramadan anjuran Pertubuhan Kebajikan Peniaga Melayu Betong itu disertai lebih 50 peniaga.

BERITA LAIN

Hina Premier Sarawak, tiga Setiausaha lapor polis

KUCHING: Tiga Setiausaha kepada Premier Sarawak bertindak membuat laporan polis berhubung kes dipercayai menfitnah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg oleh

BERITA TERBARU

Hina Premier Sarawak, tiga Setiausaha lapor polis

KUCHING: Tiga Setiausaha kepada Premier Sarawak bertindak membuat laporan polis berhubung kes dipercayai menfitnah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg oleh