CENTEXS tawar empat program latihan Tenaga Hijau

Trending

Berpakaian wanita tunggang motosikal, lelaki dikompaun atas kesalahan trafik, ingkar SOP

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Seorang lelaki dikompaun, selepas videonya menunggang motosikal dengan berpakaian wanita tular dalam media sosial.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata tindakan diambil ke atas lelaki berusia 29 tahun itu kerana tidak mematuhi Prosuder Operasi Standard Perintah Kawalan Pergerakan (SOP PKP) dan kesalahan lalu lintas.

“Dua keping kompaun dikeluarkan terhadap suspek di bawah kesalahan Seksyen 26(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, tiada lesen memandu dan kesalahan kaedah-kaedah lalu lintas 4 LN43/73 iaitu tidak memakai topi keledar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

“Satu kertas siasatan juga dibuka di bawah Seksyen 17(1) Pencegahan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di Dalam Kawasan Tempat Berjangkit) 2021,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata berdasarkan rakaman video pemilik akaun Facebook bernama ‘Iqbal Ismail’ itu, dia dikesan melakukan kesalahan-kesalahan tersebut di kawasan perumahan Cenderawasih, Petrajaya pada April lalu.

Ahsmon berkata kes masih dalam siasatan dan akan dirujuk ke pejabat Peguam Negara untuk arahan lanjut.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

7 Jun 2023

Berita Terbaru