Berpusing-pusing sebelum terbabas

LIMBANG: Tayar pecah dipercayai punca kemalangan sebuah kereta jenis Perodua Alza yang dipandu oleh warga Malaysia di Lebuh Raya Negara Brunei, semalam.

Kemalangan kendiri yang berlaku sekitar jam 11 pagi itu membabitkan perlanggaran papan tanda di tepi jalan.

Pemandu yang hanya mahu dikenali sebagai Sufri menjelaskan, beliau terdengar bunyi letupan dari hadapan kereta yang dipercayai berpunca daripada tayar sebelum hilang kawalan.

Ujarnya, beliau bersama-sama dua lagi ahli keluarganya dalam perjalanan pulang ke Limbang setelah selesai menghadiri temu duga di Miri.

Kejadian berkenaan menyebabkan keretanya terbabas dan berpusing-pusing beberapa kali sebelum melanggar papan tanda.

Kemalangan menyebabkan kenderaan rosak teruk di bahagian hadapan.

Namun tiada sebarang kecederaan.

Pemandu diminta untuk melapor diri setiap bulan di Balai Polis Negara Brunei sehingga perbicaraan mahkamah.

Suara Sarawak