Trending

Bersama jaga Sarawak

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Rakyat Sarawak harus bersatu di bawah GPS untuk membawa pembangunan di negeri ini, kata Adun Batu Kitang, Lo Khere Chiang.

Jelasnya, rakyat harus bersama-sama Kerajaan Sarawak untuk menjaga hak dan autonomi Sarawak.

“Petronas bersetuju membayar lima peratus cukai jualan negeri (SST) kepada Kerajaan Sarawak dan harap dapat memperoleh semula sumber dari Petronas.

“Saya juga berharap Sarawak mempunyai autonomi untuk pendidikan dan kesihatan kerana dua perkara itu penting untuk pembangunan masa hadapan Sarawak,” ujarnya pada lawatan di Pusat Penjaja Kampung Haji Baki, semalam.

Khere Chiang juga ` tidak mahu rakyat Sarawak berpecah belah disebabkan oleh rakyatnya sendiri.

“Ada parti yang menggelarkan diri mereka parti Sarawak, banyak parti Sarawak.

Tetapi jika kita berpecah belah dalam kalangan parti Sarawak ini, kita tidak dapat bersatu dan rakyat Sarawak secara amnya akan rugi.

“Saya mahu rakyat Sarawak bersatu di bawah GPS kerana kita mempunyai pemimpin yang berfikiran matang, itu yang penting,” jelas Khere Chiang.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru