ARTIKEL

Bersama ‘mendayung’ Sarawak dalam satu irama, demi pembangunan negeri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MARUDI: Rakyat Sarawak digesa untuk terus bersama-sama ‘mendayung’ dalam irama dan semangat bersatu padu yang utuh bagi memastikan tumpuan berterusan terhadap pembangunan negeri ini.

Menurut Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, semangat itu diumpamakan seperti perpaduan dan kata sepakat dimiliki oleh para pengayuh yang menyertai pertandingan Regata Baram 2023.

Ujarnya, pesta regata ini bukan sahaja mempamerkan budaya Sarawak yang unik, tetapi juga menonjolkan hubungan rakyatnya yang akrab, saling hormat-menghormati dan memahami antara satu sama lain dalam sebuah keluarga besar.

“Ia sama seperti perlumbaan perahu ini.

Apabila mendayung, anda mendayung secara serentak, jika tidak, perahu akan tenggelam.

Ini mencerminkan budaya Sarawak dengan kita bekerjasama secara harmoni dan bersatu padu dalam menjalankan tugas.

“Daripada budaya lumba perahu sehingga ke budaya bangsa, kita rakyat Sarawak sangat bersatu sama seperti para pengayuh perahu. Para peserta regata benar-benar mendayung perahu dalam irama yang sama.

“Begitu juga bagi seluruh rakyat negeri ini yang mendayung dalam irama ‘Sarawak Didahulukan’. Inilah irama kita yang menjadi galakan kepada barisan pemimpin untuk fokus dalam melaksanakan pembangunan di seluruh negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Perasmian Regata Baram 2023 yang diadakan di Dataran Marudi, hari ini.

Untuk berita terperinci, dapatkan e-paper atau akhbar Suara Sarawak di pasaran.

LAIN-LAIN BERITA

SEDAR mahu belajar daripada GPS untuk majukan Sabah

KUCHING: Parti Sedar Rakyat (SEDAR) bersedia untuk mengadakan rundingan kerjasama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Presidennya, Datuk Othman Abdillah berkata, usaha itu bagi memastikan Sedar

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku

Penularan kes denggi di Miri membimbangkan

MIRI: Penularan kes demam denggi di sekitar Miri kini semakin menimbulkan kebimbangan, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Lee Kim Shin. Menurutnya, setakat 24 Februari lalu

BERITA TERBARU

Kesihatan Tze Yong diutamakan BAM – Norza

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengambil pendekatan tidak terlalu memberi tekanan kepada pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, dalam usaha mengejar slot ke

Lebih 360,000 ngusung Muzium Budaya Borneo

KUCHING: Muzium Budaya Borneo (BCM) ngerikod lebih 360,000 pengusung sepemanjai taun 2023. Menteri Dagang Temuai, Industri Kreatif enggau Seni Pemerindang (MTCP), Datuk Seri Abdul Karim