ARTIKEL

Kredit: FB Parti Bersama Malaysia

Bersama umum 15 calon PRN Melaka

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MELAKA: Parti Bersama Malaysia (Bersama) malam ini mengumumkan 15 calon bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan datang.

Pengasas bersama parti itu Datuk Seri Rafizi Ramli mengumumkan calon berkenaan pada satu majlis di Batu Berendam di sini malam ini.

Calon Bersama yang diumumkan ialah Datuk Ruzsyahriman Jenal bagi Kuala Linggi, Mohamed Aman Akil Abdul Talib (Rembia), B. Laveen (Gadek), Prasanth Kumar Brakasam (Machap Jaya) dan Mohd Ridzuan Abdul Rahman (Sungai Udang).

Abdul Rashid Abu Bakar bertanding di Paya Rumput, Young Jie Yu (Kelebang), Goh Han Koon (Pengkalan Batu), Muhammad Muhaimin Lau Abdullah (Ayer Keroh), Dr Aliza Che Amran (Bukit Katil), Dr Bryan Kek Kit Hun (Kesidang), Ethan Lim Zhi Hao (Kota Laksamana), Muhammad Hazwan Mustafa (Telok Mas), Dr Muhammad Solehin Saleh (Bemban) dan Muhamad Saffie Md Yasan (Serkam).

Kesemua 15 calon itu akan mewakili Bersama dalam PRN Melaka yang akan datang seperti dilapor Berrnama.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU