ARTIKEL

Bersatu Sarawak tolak kerjasama dengan Umno

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Bersatu Sarawak mengambil langkah untuk menyokong sepenuhnya pimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Bersatu Sarawak mengambil langkah untuk memberi kepercayaan kepada Tun Dr Mahathir dalam menangani kemelut politik pada masa ini,” kata Pengerusi Badan Pimpinan Bersatu Negeri Sarawak, Jaziri Alkaf A.Suffian.

Tambahnya, sokongan tidak berbelah bahagi kepada Tun Dr Mahathir untuk memimpin kerajaan demi kestabilan negara.

“Kami turut memberi sokongan terhadap pendirian Tun Dr Mahathir menolak sebarang kerjasama secara en block dengan Umno,” ujar Jaziri.

Beliau berharap Tun Dr Mahathir akan terus memimpin Malaysia demi kesejahteraan rakyat secara umumnya.

Terdahulu, Ketua Armada Malaysia Syed Saddiq mengambil pendirian untuk menyokong Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Selain itu, beliau berkata Armada Malaysia turut membuat keputusan untuk menolak kerjasama dengan Umno.

BERITA LAIN

Penjaga parkir ditemukan meninggal dunia

BAU: Seorang penjaga parkir warga Indonesia ditemukan meninggal dunia di rumah sewanya di Kampung Serikin, pagi tadi, dengan pemeriksaan awal mendapati tiada unsur jenayah. Ketua

Jambatan Batang Paloh ubah rutin penduduk

DARO: Penantian penduduk sekitar Batang Paloh untuk menikmati perjalanan lebih mudah bakal berakhir dengan siapnya Jambatan Batang Paloh yang menggantikan kebergantungan terhadap perkhidmatan feri. Bagi

BERITA TERBARU