Bersembunyi elak dikuarantin

BELADIN: Adun Beting Maro Razaili Gapor bimbang apabila terdapat dakwaan penduduk ingkar serta enggan hadir menjalani ujian saringan Covid-19.

Menurutnya, peningkatan kes di Beladin secara mendadak sehingga mewujudkan kluster baharu sesuatu perkara yang amat serius.

“Cakap-cakap mengatakan ada yang bersembunyi kerana ingin mengelakkan diri daripada dikenakan kuarantin.

“Bagaimanapun pasukan kesihatan tetap berusaha agar penduduk yang disyaki sebagai kontak rapat tampil membuat saringan bagi mengawal penularan.

“Hal ini kerana kita bimbang, jika ada yang positif tanpa gejala dibiarkan bebas, angka kes semasa boleh meletup (lebih tinggi),” katanya kepada Suara Sarawak, semalam.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 09 Mei 2021

Suara Sarawak