ARTIKEL

Bersendirian di rumah usang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KOTA SAMARAHAN: Persatuan Kebajikan Harapan Kuching (Hope Place Kuching) terus komited menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Menurut kenyataannya kelmarin, Hope Place Kuching telah menghulurkan bantuan kepada Endara Kandau, 78 tahun yang tinggal bersendirian di rumah kayu usang miliknya di Kampung Semawang, di sini baru-baru ini.

“Endara sebelum ini merupakan petani. Apabila usianya semakin tua, dia tidak lagi sihat secara fizikal untuk terus bertani.

“Bagaimanapun, dia masih menanam beberapa jenis sayur di luar rumahnya untuk dijadikan sumber makanan sendiri,” katanya.

Hope Place Kuching ketika melawat Endara terpaksa berhati-hati ketika melangkah masuk ke dalam rumahnya kerana beberapa bahagian lantai rosak, dan ada yang runtuh.

“Bahagian hadapan rumah milik warga emas ini hanya ditutup dengan kepingan zink atau kanvas.

“Walaupun rumahnya mempunyai elektrik tetapi dia tidak mempunyai bekalan air,” ujarnya.

Tambahnya, Endara hanya bergantung kepada satu-satu anaknya, yang merupakan ibu tunggal kepada tiga anak.

“Kadang-kadang sukar bagi anak perempuannya, kerana dia juga perlu berusaha untuk mengurus anak-anaknya sendiri.

“Penduduk Kampung Semawang juga baik dan murah hati, kerana kadang-kadang mereka membantu Endara dengan memberikan makanan yang telah dimasak kepadanya,” jelas Hope Place lagi.

Pengasas Hope Place Kelvin Wan telah menyampaikan beberapa bantuan makanan asas seperti beras, Milo, oat, minyak masak, mi, pelitup muka, gula, garam dan biskut kepada Endara.

LAIN-LAIN BERITA

Lelaki maut, jatuh Jambatan Batang Salak

KUCHING: Seorang lelaki menemui ajal selepas dipercayai terjatuh ke dalam sungai di Jambatan Batang Salak, Jalan FAC di sini, hari ini. Komander Operasi PBK II

Sasar latih 10,000 rakyat Sarawak secara percuma

KUCHING: Kementerian Sumber Manusia mensasarkan melatih seramai 10,000 rakyat Sarawak secara percuma dalam pelbagai jenis kursus sempena Minggu Latihan Kebangsaan yang akan bermula dari 24

BERITA TERBARU

Azman Adnan, Ketua Pengarah Pendidikan baharu

PUTRAJAYA: Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Operasi Sekolah), Azman Adnan, dilantik sebagai Ketua Pengarah Pendidikan yang baharu berkuat kuasa Selasa, demikian menurut Kementerian Pendidikan (KPM). Kementerian