ARTIKEL

Awang Tengah (duduk, enam kanan) pada majlis makan malam perjumpaan Pelajar Tingkatan Enam Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang Miri tahun 1977.

Bertemu semula lepas 47 tahun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pelajar Tingkatan Enam Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang Miri 1977 berkumpul di Hotel Serapi, di sini untuk majlis makan malam perjumpaan pada 18 Mei lalu.

Seramai 48 orang hadir termasuk dua bekas guru mereka, iaitu Joseph Nuing dan Joseph Simon.

Menambahkan lagi keceriaan malam itu adalah kehadiran Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan, yang juga salah seorang bekas pelajar sekolah berkenaan.

Dalam ucapan alu-aluannya, pengerusi penganjur, Abdul Karim Ali menyatakan penghargaan kepada jawatankuasa penganjur kerana berjaya menganjurkan perjumpaan ini.

Katanya, ia membolehkan bekas rakan sekelas dan rakan sekolah bertemu semula secara bersemuka selepas kira-kira 47 tahun.

Malam yang ceria dan penuh kenangan itu diisi dengan pelbagai aktiviti seperti sesi bercerita oleh rakan-rakan dan bekas guru, sesi nyanyian dan tarian serta cabutan bertuah.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU