ARTIKEL

Bertengkar, mencederakan sesama sendiri, suami isteri diperintah bon kelakuan baik selama 6 bulan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Padah bertengkar mulut dan mencederakan sesama sendiri, sepasang suami isteri diperintahkan bon berkelakuan baik selama enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Zubaidah Sharkawi memerintahkan Suezaliza Hatter, 38, seorang suri rumah dan Sahari Nor, 42, bekerja sebagai kedi golf masing-masing mengaku bersalah atas satu pertuduhan mengikut Seksyen 67 Kanun Tatacara Jenayah (CPC).

Mereka didakwa bergaduh sesama sendiri di sebuah di Jalan Bangau, Kampung Semerah Padi, kira-kira jam 6.30 pagi, 23 Jun lalu.

Zubaidah memerintahkan kedua-dua tertuduh bon berkelakuan baik selama enam bulan dengan jaminan mahkamah RM2,000 seorang penjamin.

Mengikut fakta kes, ketika kejadian, tertuduh pertama (Suezaliza) bertengkar mulut dengan suaminya (Sahari) di luar rumah bapa mertuanya kerana meminta wang untuk membeli lampin pakai buang bayi untuk anak mereka berusia lapan bulan.

Suezaliza mendakwa suaminya bertindak menampar kepala dan memukulnya di bahagian badan sehingga menyebabkan bajunya terkoyak.

Akibat kejadian itu, berlaku pergelutan antara mereka hingga menyebabkan Suezaliza terjatuh sehingga menyebabkan kesakitan dan terkena motosikal Sahari hingga rebah. 

Manakala, Sahari mendakwa ada memberikan wang berjumlah RM50 kepada Suezaliza yang datang dalam keadaan marah-marah meminta wang. 

Sahari mendakwa isterinya memukulnya menggunakan tangan hingga menyebabkan kesakitan di bahagian dada kiri dan siku.

Laporan polis dilakukan oleh kedua-dua tertuduh pada hari yang sama.

Hasil siasatan mendapati kedua-dua tertuduh mengalami kecederaan ringan akibat kejadian tersebut berdasarkan laporan perubatan.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Nur Syafiqa Nyaie Ilin manakala pasangan tersebut tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

Optimum infrastruktur kuasa hidro negara

KUCHING: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berminat untuk bekerjasama dengan Sarawak Energy Berhad, Persatuan Tenaga Hidro Antarabangsa (IHA) dan Perikatan Boleh Diperbaharui Global

Buaya tersangkut pada mata kail di Sebuyau

SEBUYAU: Disangka ikan besar, rupa-rupanya buaya tersangkut pada mata kail yang dipasang penduduk di sungai Kampung Nat di sini, hari ini. Komander Operasi PBKII KUP

BERITA TERBARU