ARTIKEL

Bertuntong Raya tradisi nenek moyang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BERTUNTONG menjadi tradisi dalam kalangan masyarakat di Sarawak yang dilakukan menjelang malam tujuh likur iaitu 10 malam terakhir atau tiga hari sebelum Hari Raya Aidilfi tri sehingga raya ketujuh.

Memandangkan ia tradisi yang perlu dikekalkan, terdapat kampung mengambil peluang menjadikannya sebagai pertandingan halaman rumah berhias.

Tradisi bertuntong ini biasanya menggunakan pelita minyak tanah, tetapi seiring dengan teknologi masa kini, tidak ramai yang menggunakannya.

Menurut salah seorang penduduk Kampung Tutus Ulu, Mohamad Badrul Zaidi, 29, tidak dinafi kan minyak tanah memang sukar diperoleh.

“Bahan bakar lain yang kami gunakan menggantikan minyak tanah ialah minyak diesel.

Ia mudah didapati tetapi asap yang dikeluarkan sangat banyak.

“Kita mempunyai teknologi lain untuk meneruskan tradisi ini iaitu menggunakan lampu elektronik berwarna-warni,” katanya ketika ditemui Suara Sarawak.

Jelasnya, penggunaan lampu tradisional dan moden membawa fungsi yang sama iaitu menceriakan persekitaran rumah dan menghidupkan tradisi bertuntong.

Sehubungan itu, tradisi ini perlu dikekalkan dan penggunaan pelita minyak tanah mestilah ada.

“Amalan ini dilakukan sejak nenek moyang kita dahulu dan ia perlu dipertahankan seperti mengadakan pertandingan oleh setiap kampung.

“Kita perlu mengikut tema dan syarat yang ditetapkan oleh penganjur dan saya percaya pelita minyak tanah merupakan antara kriteria penting dalam penilaian.

“Jika melihat pelita minyak tanah yang ada di sekitar rumah kami, ia merupakan kepunyaan nenek moyang kami bertahun-tahun dahulu,” ujarnya.

MENARA PEHIN

Tema dan konsep pertandingan bertuntong bagi kawasan kampungnya pada tahun ini ialah meriah dan kreatif. 

Justeru, Badrul membuat pintu gerbang mengikut konsep Menara Pehin kerana ia merupakan mercu tanda di Mukah.

“Pada mulanya, saya dan ayah ingin menggunakan konsep masjid, tetapi disebabkan ia menyentuh sensitiviti agama, kami tidak berani mengambil risiko tersebut.

“Bukan itu sahaja, menghias rumah ini juga adalah untuk hiburan menyambut Hari Raya Aidilfi tri, apabila difi kirkan balik, tidak sesuai untuk membuat hiasan berkonsepkan masjid,” jelasnya.

Katanya lagi, kerja menghias ini mula dilakukan seminggu sebelum Hari Raya kerana kesibukan kerja.

“Saya dibantu oleh ayah dan adik-beradik yang lain.

Manakala untuk bahan, kami guna semula selepas mengikuti pertandingan pada tahun lalu.

“Kebanyakannya merupakan hasil tangan kami sekeluarga terutama yang melibatkan hiasan,” jelas Badrul.

Dedahnya, jika lampu elektonik tersebut rosak, mereka menggantikannya dengan yang baharu dan perlu sesuai mengikut tema.

Untuk menyediakan semua perhiasan tersebut, sudah tentu mempunyai cabaran tersendiri terutama apabila melakukannya pada siang hari.

“Cuaca panas pada siang hari antara cabaran yang perlu dihadapi, lebih-lebih lagi memanjat untuk menghias di tempat lebih tinggi.

“Selain itu, kita perlu mencari idea supaya tidak sama dengan penduduk kampung lain.

Idea tersebut juga tidak boleh diambil dari tahun lalu dan perlu diperbaharui mengikut konsep yang ditetapkan,” ujarnya.

Tambahnya, aktiviti bertuntong ini bukan sahaja untuk mengekalkan tradisi nenek moyang, ia juga menceriakan suasana sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Pada masa yang sama, ia sebagai tanda sokongan usaha yang dilakukan oleh pihak penganjur terlibat sekali gus merapatkan silaturahim penduduk kampung dan kampung lain,” jelasnya. 

BERITA LAIN

Mandulkan Kucing

KEMPEN Pemandulan Kucing Kos Rendah merupakan salah satu inisiatif yang dijalankan oleh Primavet Animal Clinic untuk mengawal populasi kucing terbiar dan gelandangan. Kemungkinan besar kucing

BERITA TERBARU