ARTIKEL

Bertuntung gaya moden

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TRADISI “bertuntung” dilihat semakin moden dengan gabungan lampu LED atau lampu liplap sebagai penyeri rumah pada 10 malam terakhir Ramadan sehingga Syawal di Sarawak.

Tradisi ini menambah kemeriahan Hari Raya Aidilfi tri di setiap perkampungan sehingga ada yang mengadakan pertandingan.

Tidak dapat disangkal, lampu LED menjadi pilihan berbanding lampu pelita, namun konsep bertuntung tetap diamalkan.

Dahulu, setiap halaman perumahan dihiasi dengan lampu pelita, disusun rapi dengan cara yang kreatif dan menarik penduduk kampung atau tuan rumah.

Tinjauan Suara Sarawak di sekitar Kuching melihatkan ramai bertuntung menggabungkan penggunaan lampu pelita dengan lampu LED bagi menyinari halaman rumah mereka.

Setiap lorong perkampungan dihias dengan kehangatan lampu pelita minyak tanah.

Ditambah dengan hiasan lampu LED bagi menerangi dan menyinari setiap pelosok kediaman mereka.

Kampung Samariang di Kuching dan Kampung Tanjung Bundong di Samarahan meriah dengan tradisi bertuntung.

Azizi Hilmi Mohammad Amin, 38, berasal dari Terengganu, lama menetap di Kampung Samariang berkongsi cerita dan pendapatnya tentang tradisi bertuntung.

MINAT TRADISI SARAWAK

Mula menetap pada 2018, Azizi mula meminati tradisi bertuntung yang dilakukan pada setiap 10 malam terakhir Ramadan di Sarawak.

“Saya mahu anak-anak ada memori bermain lampu pelita setiap kali menjelang raya kerana tradisi ini semakin sukar dilihat termasuklah di kampung ini.

“Sejujurnya saya sendiri terkejut apabila melihat jiran tetangga tiada yang memasang lampu pelita seperti kebiasaan.

“Saya hairan melihat hanya rumah kami yang diterangi cahaya lampu jenis pelita pada tahun ini,” kongsinya.

Dia kebetulan baru sahaja siap mengisi minyak tanah ke dalam lampu pelita itu turut berkongsi suasana raya tahun ini sangat berlainan.

Ujarnya, jika dibandingkan dengan tahun lepas, masyarakat Melayu seperti kurang teruja untuk menyambut Hari Raya Aidilfi tri tahun ini — mungkin disebabkan banyak barangan naik harga.

“Namun, ia tidak mematahkan semangat saya untuk meneruskan tradisi bertuntung tahun ini, malah saya mula memasang lampu pelita sejak pertengahan Ramadan,” ujarnya.

Sementara itu, penduduk kampung di Kota Samarahan, Mohd Muslimen, 31, turut berkongsi pendapatnya tentang tradisi bertuntung.

PILIH LAMPU LED

Muslimen berkata, kampung mereka mengambil langkah untuk menaik taraf tradisi bertuntung kepada lampu LED ini sejak tahun lepas.

“Penggunaan lampu LED ini turut mendapat sokongan penduduk kampung kerana pada tahun ini lebih ramai rumah yang mula menghias kediaman mereka dengan lampu.

“Kami mula menggunakan lampu liplap ini untuk menghias pintu gerbang di kampung ini dan tiba-tiba ada pertandingan pintu gerbang paling cantik.

“Oleh itu, tradisi bertuntung ini kami ubah kepada perhiasan pintu gerbang kerana banyak kampung yang menghias pintu gerbang pada tahun lepas, jadi kami teruskan lagi pertandingan itu pada tahun ini.

“Kampung ini mempunyai enam zon dan pastinya setiap zon dihiasi dengan pelbagai jenis pintu gerbang berwarnawarni mengikut kreativiti penduduk kampung,” kongsinya.

Tambah Muslimen, masyarakat harus akur dengan pemodenan yang kita alami ini kerana perasaan teruja menyambut raya bersamasama keluarga dan sanaksaudara lebih penting.

“Amalan tradisi bertuntung pastinya tidak dilupakan dan ini masih boleh diteruskan.

“Kami di sini tetap memasang lampu pelita serta lampu LED bagi menyinari kampungan kami ini,” jelasnya.

BERITA LAIN

Periksa kesihatan percuma

PROGRAM pemeriksaan kesihatan percuma diadakan kepada ibu bapa, guru, termasuk pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan Sekolah Kebangsaan Siol Kanan sempena Mesyuarat Agung PIBG SK Siol

Asah bakat kepimpinan

SEKOLAH Rendah Islam Al-Amin Bintulu mengadakan Program Kem Kepimpinan 2024 pada Sabtu lalu. Kem ini melibatkan pengawas, pembimbing rakan sebaya, ketua kelas dan penolong ketua

Fokus kesedaran biodiversiti

PERTUBUHAN BangsaBangsa Bersatu (PBB) menetapkan 22 Mei pada setiap tahun sebagai tarikh mengingati dan menghargai kepentingan biodiversiti dalam kehidupan seharian. Ia diselaraskan oleh Sekretariat Konvensyen

Asah bakat kepimpinan

SEKOLAH Rendah Islam Al-Amin Bintulu mengadakan Program Kem Kepimpinan 2024 pada Sabtu lalu. Kem ini melibatkan pengawas, pembimbing rakan sebaya, ketua kelas dan penolong ketua

Sarawak tanam 34 juta pokok

Salah satu punca konflik meningkat ialah kehilangan kawasan hutan dan ia dikaitkan dengan penularan penyakit zoonotik — penyakit daripada haiwan kepada manusia. Faktor lain seperti

Fokus kesedaran biodiversiti

PERTUBUHAN BangsaBangsa Bersatu (PBB) menetapkan 22 Mei pada setiap tahun sebagai tarikh mengingati dan menghargai kepentingan biodiversiti dalam kehidupan seharian. Ia diselaraskan oleh Sekretariat Konvensyen

BERITA TERBARU

15 PATI gagal masuk Sarawak

KUCHING: Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke Sarawak menggunakan lorong tikus di Sektor Pos GABMA