Beruang Madu dipelihara hampir 20 tahun ditemui di Serian

KUCHING: Seekor Beruang Madu berjaya ditemui dipelihara oleh seorang penduduk di Kampung Rasau, Serian hari ini.

Menurut kenyataan akhbar Sarawak Forestry Corporation (SFC), beruang tersebut telah ditembak sebelum dibawa pulang dan dipelihara hampir 20 tahun oleh si pemilik di rumah ladangnya.

“Hasil pemeriksaan oleh Swift Wildlife Action Team (SWAT) mendapati pemiliknya mempunyai lesen sah yang dikeluarkan oleh Pengawal Kehidupan Liar, Jabatan Perhutanan Sarawak (FDS).

“Lesen tersebut juga telah diperbaharui setiap tahun sejak tahun pertama menyimpan haiwan itu,” jelas SF.


 kelihatan seekor Beruang Madu berada di dalam sebuah sangkar berukuran saiz sederhana

Suara Sarawak