ARTIKEL

Beto Kusyairy wakili Malaysia ke Grand Gala Final AACA 2026 di Singapura

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Pelakon Beto Kusyairy dijadualkan mewakili Malaysia di Grand Gala Final Asian Academy Creative Award (AACA) 2026 di Singapura pada 3 Disember selepas bergelar pemenang kebangsaan Pelakon Lelaki Terbaik (Watak Utama).

Kejayaan itu dicapai berkat lakonan cemerlangnya dalam drama Good Boys Go To Heaven, yang turut diraikan AACA melalui ucapan tahniah di laman Facebooknya.

Pada malam kemuncak di Capitol Theatre nanti, beliau bakal berentap dengan 10 pencabar lain termasuk Anil Kapoor (India), Bai Yu (China) dan Yuki Yamada (Jepun) untuk merebut trofi Golden Statuette.

Selain itu, Good Boys Go To Heaven terbitan Astro Shaw turut meraih empat lagi gelaran kebangsaan, iaitu Siri Drama Terbaik, Sinematografi Terbaik (Cereka), Penyuntingan Terbaik dan Lakon Layar Terbaik.

Dalam pada itu, Datin Sofia Jane diumumkan pemenang Pelakon Wanita Pembantu Terbaik menerusi Malam Terlarang, filem yang turut menjulang Filem Cereka Terbaik, Pengarahan Terbaik (Filem Cereka) serta Promosi atau Treler Terbaik seperti dilapor Bernama.

BERITA LAIN

ANZALNA NASIR titip doa buat AMIRA

Pelakon Anzalna Nasir turut menitipkan ucapan istimewa sempena ulang tahun kelahiran rakan baiknya, pelakon dan penyanyi Amira Othman. Menerusi perkongsian di Instagram Stories, Anzalna meluahkan

BERITA TERBARU