ARTIKEL

BHB pertimbang lepas 70 peratus kepentingan dalam BFS

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEPANG: Pembekal makanan dalam penerbangan, Brahim’s Holdings Bhd (BHB), bersedia melepaskan 70 peratus kepentingannya dalam Brahim’s Food Services (BFS) yang akan membantu BFS menstrukturkan semula kedudukan kewangannya, kata Pengerusi Eksekutif BHB Datuk Seri Ibrahim Ahmad.

Bercakap pada sidang media di sini semalam, beliau berkata beberapa syarikat tempatan dan asing yang berminat telah mengadakan rundingan dengan BHB.

“Kami berhasrat untuk melepaskan 70 peratus pada harga yang bertepatan serta berpatutan.

Terdapat pihak berkepentingan tempatan dan pihak berkepentingan asing tetapi itu semua dalam perbincangan selain tiada keputusan dibuat.

Kami menjangkakan dapat memuktamadkan (rundingan) secepat mungkin,” katanya.

Baki 30 peratus kepentingan dalam BFS itu dipegang Malaysia Airlines Bhd (MAB).

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif BHB Mohd Fadhli Abdul Rahman berkata BHB terbuka untuk mengadakan rundingan semula dengan syarikat induk MAB iaitu Malaysia Aviation Group (MAG) susulan penamatan kontrak katering selama 25 tahun dengan MAB pada 31 Ogos lepas.

“Kami sangat terbuka untuk menerima mereka kembali tetapi sudah tentu, pensyaratan mesti adil antara kedua-dua pihak.

Jika terma yang diadakan adalah saksama maka kami sedia terima, tiada masalah,” katanya.

Walaupun kontrak katering dengan MAB telah ditamatkan, beliau berkata secara keseluruhan perkhidmatan bekalan makanan dalam penerbangan yang ditawarkan BHB masih berjalan seperti biasa sekaligus menepis dakwaan beberapa pihak kononnya syarikat itu bermasalah.

“Kalau kami bermasalah, bagaimana boleh kami boleh membekalkan makanan kepada 10 syarikat penerbangan terbaik dalam dunia,” katanya.

Ketika ini, BFS menyediakan perkhidmatan kepada 35 syarikat penerbangan asing dan antara pelanggannya adalah Qatar Airways, Turkish Airlines, Japan Airlines serta Korean Air.

MAG telah mengaktifkan Pelan Kelangsungan Perniagaan (BCP) bagi perkhidmatan sajian makanan penerbangan di laluan terpilih di bawah MAB berkuat kuasa 1 Sept lepas. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Hasrat Tariq jemput Jokowi ke majlis perkahwinan

PERSONALITI media sosial, Tariq Halilintar dan Aaliyah Massaid membuat persiapan untuk majlis perkahwinan mereka yang dirancang pada tahun ini.  Bagaimanapun, Tariq berharap agar Presiden Jokowi

Pakai kasut tumit tinggi

“Saya rajin membaca artikel berkaitan pentas peragaan di Internet dan kerap menonton pertunjukan fesyen menerusi pelbagai program ratu cantik,” ujarnya. Selain itu, pada 2019 dan

Rel China-Kyrgyzstan-Uzbekistan praktik penting BRI

BEIJING: Rel China-Kyrgyzstan-Uzbekistan bakal menjadikan Kyrgyzstan sebagai sebuah negara transit yang mempunyai potensi amat besar, kata Perdana Menteri Kyrgyzstan Akylbek Japarov. Menurut Japarov, beliau turut