ARTIKEL

Biak Balau Unik Pesta Babulang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TELEFILEM BIAK BALAU mengisahkan sukan rakyat, pesta babulang yang popular dalam kalangan kaum Bisaya di Limbang, Sarawak.

Pengarahnya Jalot Jeman berkata, telefi lem ini mengisahkan konflik yang dihadapi oleh keluarga Xavier.

Xavier adalah anak kepada Felix yang dahulunya bekerja dengan Jaka iaitu seorang yang bersifat jahat dan memonopoli perniagaan secara haram di Limbang.

Namun, konfl ik berlaku menyebabkan keluarga Xavier terpaksa berhutang.

Ia berpunca daripada hutang yang tidak dapat dilangsaikan daripada pertandingan lumba kerbau — disertai oleh Felix.

Xavier berusaha mencari jalan bagi menyelesaikan masalah keluarganya.

Melalui cerita berunsurkan cerita rakyat ini, Jalot berharap dapat membantu memperkenalkan festival yang jarang didengari di Sarawak ini.

“Bercakap soal pesta babulang, terdapat juga orang Sarawak yang tidak tahu pesta ini. Ini bukan sahaja pendedahan di Sarawak, malah seluruh Malaysia.

“Inilah sebenarnya salah satu tujuan utama telefi lem yang berunsurkan cerita rakyat,” ujarnya ketika sesi temu bual eksklusif pemberita di Pejabat Suara Sarawak pada Jumaat.

Pelakon yang diambil memainkan watak ialah Hannsen Rodger dan Colinna Radang — anak Penan pertama yang diangkat untuk berlakon dalam telefilem.

“Saya berharap pada masa akan datang prestasinya akan terus meningkat lebih-lebih lagi dalam industri ini,” kata Jalot apabila ditemu bual.

Dalam pada itu, telefi lem ini bakal disiarkan pada Jun.

Jangan lupa saksikan telemovie ini yang disiarkan hanya di saluran TVS 122 MYTV, Astro dan Unifi TV.

BERITA LAIN

JINYOUNG tandatangan kontrak eksklusif

BEKAS AHLI B1A4, Jinyoung secara rasmi menandatangani kontrak ekslusif dengan Management Run. Management Run meluahkan perasaan gembira dan terujanya untuk bekerjasama dengan Jinyoung. Mereka terus

Randy Pangalila tetap aktif berlakon

PELAKON Indonesia, Randy Pangalila tetap menjalankan penggambaran seperti biasa walaupun sibuk dengan latihan tinju. Memetik media antarabangsa, Randy atau Randy Dionisius Pangalila, 34, dikatakan mula

Fatin Afeefa undur diri

»FATIN AFEEFA lama tidak memunculkan diri dalam dunia hiburan ternyata nekad untuk mengundurkan diri kerana mentaati permintaan suaminya, Aliff Awang. Memetik media tempatan, Fatin mengambil

BERITA TERBARU

Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan STEM

KUCHING: Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) pada usia muda. Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri