Trending

Bidang pertanian terus relevan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

JELAS Hashim lagi, sektor tersebut sentiasa berkembang dan relevan sepanjang zaman.

Yang penting katanya, penyusunan semula strategi dan mengolah kaedah pertanian mengikut cara yang sesuai kepada kelangsungan seseorang petani agar terus kekal dalam industri tersebut.

Menariknya, dengan kaedah lebih moden ini, jangka masa untuk mendapatkan hasil lebih cepat sekitar iaitu sekitar 60 ke 70 hari sudah boleh dituai jika cara penjagaan yang betul.

“Sekali tuaian, saya mampu mendapatkan hasil 150 hingga 200 kilogram tembikai batu untuk dipasarkan ke Pulau Bruit, Daro dan Matu.

“Bagi penanaman 1,000 pokok, saya membahagikan kepada dua fasa agar hasilnya dapat dituai secara berterusan dan bekalan tidak terputus menggunakan 100 peratus tanah medium cocoapeat atau sabut kelapa,” katanya kepada Suara Sarawak.

Menurut Hashim, permintaan terhadap bekalan buah tembikai wanginya sentiasa tinggi kerana rasanya yang lebih wangi dan rangup berbanding tembikai susu.

Buah tembikai wangi ini juga sangat sukar didapati di sekitar kampung dan pasti dijual dengan harga tinggi.

Benarlah kata orang, orang lebih kenal kita setelah berjaya dalam sesuatu bidang.

Hashim mengakui pada mulanya usaha menanam tembikai wangi tiada seorang pun yang memberi dorongan dan sokongan kepadanya melainkan semangat yang tidak kenal erti putus asa.

KURANG PENDEDAHAN

Tidak menyalahkan keadaan, menetap di pedalaman menjadi faktor masyarakat kurang terdedah dengan kaedah pertanian moden berbanding kaedah konvensional pada ketika itu.

Hashim berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) memberitahu pernah menanam cili menggunakan kaedah yang sama, namun agak sukar memasarkannya selain risiko tanaman berpenyakit lebih tinggi berbanding tembikai wangi.

“Peluang dalam bidang pertanian sememangnya lebih luas untuk golongan belia dan pelbagai inisiatif yang disalurkan oleh kerajaan.

Namun, mereka kurang terdedah dengan pengetahuan dan panduan berkaitan bidang ini.

“Bagi belia yang ingin mempelajari kaedah pertanian moden, saya mengalu-alukan penyertaan mereka dalam bidang ini kerana mampu menjana pendapatan tinggi,” ujarnya.

Hashim juga salah seorang petani muda yang menerima bantuan geran RM20,000 daripada AgroprenuerMuda, Jabatan Pertanian.

Bagaimanapun, cabaran utama bagi Hashim ialah memasarkan hasil tuaiannya kerana penempatannya jauh dari pasar utama.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Lenggok zapin Melayu

ZAPIN berasal dari tradisi Tarian Zafana Orang Arab dari Hadramaut,

Al-Quran Braille

IKMAS menerima kunjungan ramah mesra pihak Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi

Penilaian buku peraturan

BARU-baru ini, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jakim, Ruslan Said mempengerusikan

Tanasifat KEMANUSIAN

KETIKA ini berlaku konfl ik antara Palestin-Israel yang mengorbankan ribuan

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru