ARTIKEL

Bidang TVET mudah dapat kerja

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kadar kebolehpasaran graduan sistem Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) negara melonjak naik kepada 97.7 peratus pada 2018, selari tema konvokesyen kali ini Graduan TVET Peneraju Revolusi Industri 4.0.

Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Datuk Roslan Wahab berkata, dalam usaha ke arah Revolusi Industri 4.0 terdapat banyak perubahan perlu dilakukan supaya ia dapat dilaksanakan di negara ini.

“Pendidikan memainkan peranan penting dalam industri 4.0, justeru pendekatan mempersiapkan pelajar perlu berubah dengan pantas kerana sistem automasi menggunakan teknologi terkini akan membawa kepada banyak perubahan termasuk dalam industri pekerjaan.

“Tiga kemahiran paling relevan dalam industri 4.0 ialah kemahiran belajar iaitu belajar kendiri, pelbagai bidang, kemahiran digital ia termasuk kemahiran insaniah dan banyak lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Konvokesyen Politeknik Kuching Sarawak Ke-27 di sini, semalam.

Tambahnya, kemahiran insaniah juga dapat dipupuk melalui semangat kesukarelawan yang mampu menerapkan nilai murni dan meningkatkan kemahiran berkomunikasi.

“Di Malaysia, sumbangan kumpulan sukarelawan ini dapat dilihat semasa berlakunya bencana seperti banjir, kebakaran dan juga membantu gelandangan serta aktiviti membersihkan pantai.

“Sukarelawan juga membantu orang atau komuniti yang berada dalam kesusahan seperti yang dipraktikkan oleh Sukarelawan APM,” ujarnya.

Kata Roslan, salah satu kepentingan aktiviti sukarelawan APM adalah mampu membentuk budaya sukarelawan serta meningkatkan kemahiran kepada mereka dalam memberikan bantuan awal kecemasan sekiranya berlaku sesuatu bencana.

“Kegiatan seperti itu juga dapat mengisi masa terluang mereka dengan pelbagai latihan yang boleh digunakan bagi membantu orang awam.

“Aktiviti tersebut juga dapat membentuk anak muda yang lebih berkemahiran serta mampu mengelakkan mereka daripada terjebak dengan sebarang kegiatan yang tidak bermoral dan tidak berfaedah,” jelasnya.

Beliau percaya silibus atau kursus di Politeknik Kuching Sarawak turut menyelitkan aktiviti kesukarelawan menerusi badan-badan beruniform seperti RELASIS, Askar Wataniah dan PISPA(APM).

“Aktiviti bukan semata-mata bertumpu dalam kelompok ini, bahkan ia dapat dikembangkan lagi menerusi aktiviti di luar bilik kuliah seperti program penanaman kayu bakau, program gotong-royong bersama orang kampung dan banyak lagi.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha