ARTIKEL

Biden gambarkan Trump aib buat AS

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

WASHINGTON: Calon presiden AS dari Parti Demokrat Joe Biden menganggap Donald Trump sebagai “aib nasional” atas sikapnya memihak supremasi kulit putih di negara itu.

Memetik AFP, Biden dalam kempen di Alliance, Ohio mengkritik Trump tidak tegas terhadap kumpulan supremasi kulit putih Proud Boys.

Biden berkata, “pesan saya kepada Proud Boys dan semua kumpulan supremasi kulit putih lain; berhenti dan berhenti. Itu bukan kita, Itu bukan kita sebagai warga AS.”

Trump pula memberitahu wartawan di Rumah Putih bahawa beliau tidak tahu siapa Proud Boys. “Siapa pun mereka, mereka harus berundur.

Berundur, biar penegak undang-undang menjalankan tugasnya”.

Trump banyak menghentam peribadi Biden dalam debat pusingan pertama daripada tiga debat, sebelum mara ke pemilihan presiden AS pada 3 November akan datang.

Trump turut menuduh Biden dikendalikan oleh kelompok radikal kiri

BERITA LAIN

Banjir lahar sejuk landa Jawa Timur

JAKARTA: Sekurang-kurangnya 32 keluarga di Lumajang, Jawa Timur dipindahkan secara sukarela ke kawasan lebih selamat susulan limpahan banjir lahar sejuk yang dicetuskan Gunung Semeru pada

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,