ARTIKEL

Foto: Bernama

Biden telefon Netanyahu, beritahu serangan ke atas Rafah satu kesalahan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

WASHINGTON: Presiden AS Joe Biden menelefon Perdana Menteri Israel Benyamin Netanyahu pada Isnin, semalam.

Biden memperingatkan Netanyahu, bahawa serangan darat besar-besaran ke atas Rafah, menjadi sebuah kesalahan.

Mengutip AFP, Penasihat Keselamatan Nasional AS Jake Sullivan pada sidang media Isnin, mengatakan, operasi tersebut akan menyebabkan lebih banyak kematian warga awam.

Selain itu, serangan juga memperburuk krisis kemanusiaan, memperdalam anarki di Gaza dan semakin menjauhkan Israel dengn dunia antarabangsa.

Sullivan mengatakan, Biden meminta Netanyahu menghantar pasukan senior terdiri daripada pegawai tentera, perisikan dan bantuan ke Washington.

Mereka diundang “mendengarkan keprihatinan AS” berkaitan rancangan menyerang Rafah dan membincangkan “pendekatan alternatif” melibatkan serangan yang disasarkan terhadap Hamas.

“Netanyahu setuju berbincang,” kata Sullivan yang mengaku Biden sudah tidak bercakap dengan Netanyahu selama 32 hari.

Biden semakin vokal mengkritik angka kematian warga Palestin dan situasi kemanusiaan yang mengerikan di Gaza.

BERITA LAIN

PBB China sokong Palestin anggotai PBB

BEIJING: China menyokong Palestin menjadi anggota baharu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan menyokong Majlis Keselamatan PBB (UNSC) mengambil tindakan berkenaan dengan secepat mungkin. Ini dinyatakan

OJ Simpson meninggal dunia pada usia 76 tahun

OJ Simpson sudah meninggal akibat kanser pada usia 76 tahun, kata keluarganya. Menurut mereka dalam satu kenyataan: “Pada 10 April lepas, bapa kami, Orenthal James

Festival Air Sedunia Maha Songkran bermula di Thailand

Bangkok, Thailand: Kerajaan Thailand semalam melancarkan Festival Air Sedunia Maha Songkran 2024 bagi mempamerkan pelbagai tradisi negara itu sempena Songkran atau permulaan Tahun Baharu Thailand yang disambut setiap

BERITA TERBARU