Trending

Bijak atau kurang bijak, palsukan MyKad, isi sendiri butiran peribadi

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

SIBU: Seorang lelaki yang kehilangan kad pengenalannya menggunakan kad pengenalan milik orang lain yang hilang untuk pengenalan identitinya.

Apa yang dilakukannya ialah dia mengambil MyKad berkenaan dan menulis namanya, nombor kad pengenalan dan alamat di atas cebisan kertas sebelum menampal cebisan itu di atas MyKad itu.

Perbuatannya dikesan pasukan peronda polis pada Sabtu lalu dalam sekatan jalan raya.

Lelaki terbabit menjelaskan bahawa dia tidak mampu untuk membayar pemohonan semula Mykad.

Kejadian itu berlaku pada jam 9 pagi ketika lelaki berusia 36 tahun itu dari Sarikei menunggang basikalnya di Jalan Channel.

Dia memberitahu pasukan polis dia keluar untuk membeli-belah barang keperluan.

Polis mendapati lelaki itu memalsukan gambar pemegang Mykad itu sebelum mengisikan butir peribadi pada Mykad itu.

Polis menahan lelaki tersebut dan membawanya ke Balai Polis Sentral Sibu untuk siasatan lanjut.

Polis juga telah mengesahkan lelaki itu sebenarnya dari Sarikei.

DITAHAN…Lelaki terbabit ketika dibawa ke Balai Polis Sentral Sibu untuk siasatan lanjut.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru