ARTIKEL

Bijak berbelanja

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

“Mungkin azam saya terlalu biasa bagi sesetengah orang, namun kita perlu memberi motivasi kepada diri sendiri supaya lebih baik berbanding sebelumnya.

“Ini melibatkan semua aspek kehidupan termasuk kesihatan, ekonomi dan sebagainya,” katanya kepada Suara Sarawak.

SENTIASA BERSEDIA

Menyentuh perihal ekonomi, Nik berharap agar pada 2024, ekonomi keluarganya semakin stabil.

Katanya, mengimbau kembali keadaan ekonomi negara pada 2023, ia sangat mencabar dan disebabkan itu mereka terpaksa membuat perancangan perbelanjaan.

“Dengan adanya perancangan, insya-Allah ekonomi yang semakin mencabar dapat diatasi dengan mudah.

“Bukan itu sahaja, kita perlu bersedia menghadapi kenaikan harga barang mendadak.

Mungkin pada 2024, ia lebih mencabar,” jelasnya.

Selain itu, dia juga berharap agar kemudahan kesihatan awam di Mukah bertambah baik dari segi perkhidmatan. “

Saya tak menafikan bahawa kemudahan kesihatan di Mukah lengkap, namun, apabila melibatkan doktor pakar, penduduk di sini (Mukah) terpaksa pergi ke hospital besar seperti Bintulu dan Sibu.

“Perkara ini tentunya menyukarkan sesetengah penduduk yang tidak mempunyai kemudahan pengangkutan bagi mendapatkan rawatan di daerah lain,” jelasnya.

Pada masa yang sama, Nik juga berharap agar lebih banyak peluang pekerjaan disediakan kepada penduduk Mukah terutama dalam sektor ekonomi bagi membantu meningkatkan pendapatan penduduk setempat.

Dari segi khidmat santun masyarakat, Nik berharap agar lebih banyak aktiviti kemasyarakatan diadakan di Mukah.

Katanya ia penting untuk menarik minat orang ramai agar mengutamakan kesihatan fizikal dan mental.

PELUANG PEKERJAAN

Sementara itu, Mohamad Noor Azliin Osman, 26, berazam supaya keadaan ekonomi diri lebih kukuh dan lebih bijak berbelanja.

“Ini kerana, sekiranya keadaan ekonomi keluarga tidak stabil, tentunya kita mengharapkan keadaan ekonomi negara lebih stabil.

“Sekiranya ekonomi negara tidak stabil pada tahun hadapan, kita harus bijak berbelanja dan mengutamakan keperluan berbanding kehendak.

“Selain pekerjaan hakiki, kita juga boleh mengusahakan kerja sampingan bagi menstabilkan keadaan ekonomi diri,” ujarnya.

Pada masa yang sama, dia berharap lebih banyak peluang pekerjaan disediakan terutama kepada golongan muda.

Ujarnya, untuk memantapkan lagi sebuah jabatan atau agensi, idea segar daripada golongan muda sangat diperlukan.

“Saya juga berharap agar fasiliti kesihatan awam di semua kawasan terutama di Sarawak lebih terjamin dan lengkap,” jelasnya.

Justeru, dia turut berharap pihak kerajaan komited dalam mewujudkan kawasan yang mampan dari segi ekonomi, peluang pekerjaan, kemudahan fasiliti dan hospital awam yang lengkap di setiap daerah.

Tegasnya, ia penting sebagai persediaan kesihatan baik penyakit berjangkit atau kemalangan.

LAIN-LAIN BERITA

Dendang nurani malam bersama Palestin

DEWAN Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak (DBPCS) menganjurkan persembahan Dendang Nurani-Malam Bersama Palestin di Balai Budaya sebagai tanda laungan keadilan sisi kemanusia, barubaru ini. Acara

Kongsi pengetahuan, pengalaman

KUNJUNGAN hormat Pengarah Ikmas, Hanifuddin Roslan, ke Pusat Penerangan Islam (IIC) disambut baik oleh Ketua Pegawai Eksekutif IIC, Dr Asmah Othman. Pengurus Bahagian Penyelidikan dan

Anak lambat bercakap

ANAK saya belum bercakap. Kenapa si kecil saya tidak bercakap? Berapa banyak perkataan yang sepatutnya dikeluarkan oleh kanak-kanak berumur dua tahun? Gejala anak lambat bercakap

Penjagaan kebun musim hujan

MUSIM hujan, adakalanya menjadi kelebihan kepada tanaman kerana keperluan airnya mencukupi. Secara tidak langsung, anda tidak perlu menyiram. Bagaimanapun, musim hujan juga antara punca tanaman

Terima kasih Tun Taib

ALLAHYARHAM TUN PEHIN SRI ABDUL TAIB MAHMUD tokoh Sarawak disegani membawa pelbagai perubahan kepada masyarakat berbilang kaum dan agama di Bumi Kenyalang. Mempelopori bidang politik,

BERITA TERBARU