ARTIKEL

Bijak cipta kandungan kreatif

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

PERKEMBANGAN kemajuan teknologi pada masa ini mendorong golongan belia untuk bergiat aktif dalam media sosial, sekali gus mencipta kerjaya baharu sebagai pempengaruh.

Melihat perkara ini, ramai beranggapan bahawa menjadi pempengaruh adalah mudah kerana kemajuan teknologi dinikmati oleh semua.

Tidak dinafikan, media sosial ialah platform utama sebagai permulaan menjadi pempengaruh.

Menurut pempengaruh Mohammad Nur-Badron Munirah Rio Abdillah, 25, dia mula berkecimpung dalam dunia pempengaruh pada 2021 semasa Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.

“Saya bermula daripada aplikasi TikTok kerana ia terkenal pada ketika itu. Saya hanya pengguna yang mengikut trend tarian di aplikasi tersebut.

“Terdapat video saya menunjukkan ekspresi ‘cair’ dan keesokannya, saya menerima notifikasi yang sangat banyak kerana ramai suka dan meninggalkan komen pada video itu.

“Pada mulanya saya agak terkejut, tetapi sejak ia mendapat perhatian, saya mengambil peluang untuk membuat lebih banyak kandungan berdasarkan minat pengikut sehingga hari ini,” katanya kepada Suara Sarawak.

Dedahnya, dia sendiri tidak menyangka akan menjadi seorang pencipta kandungan.

Baca lain  Sekolah MUSLEH Sarawak

Dia yang lebih mesra dikenali sebagai Bad ataupun dengan nama Yeeettt @ badtoroukun turut menjadikan Ryan Bakery sebagai inspirasi dalam bidang ini dan menganggap seperti abangnya sendiri.

Ujarnya, Ryan banyak memberi tunjuk ajar dalam penghasilan kandungan kreatif, cara menarik audiens dan sebagainya.

Pada masa sama, rakan pempengaruh lain seperti Wanchai, Farihinarnia dan Black turut membantu untuk lebih berkembang dalam bidang ini.

Di samping itu, dedahnya, mereka turut membuat satu kumpulan yang terdiri daripada Ryan, Wanchai, dirinya sendiri, Farihinarnia dan Black yang dinamakan sebagai RWYFB.

“Sebelum ini, kami hanya berhubung secara dalam talian kerana jarak jauh antara Sarawak dengan Semenanjung Malaysia.

“Pada 2023, kami berkumpul dan tinggal bersama-sama untuk memudahkan urusan penghasilan kandungan serta kerjaya masing-masing,” jelasnya.

Bad turut berkongsi cara untuk mengekalkan audiens menonton videonya adalah dengan menghasilkan kandungan yang berkaitan dengan diri mereka ataupun keadaan sekeliling.

“Pada masa sama, strategi juga penting bagi saya iaitu penjenamaan diri dan audiens akan sentiasa ingat kita.

Baca lain  Industri Muzik Sarawak mampu pergi lebih jauh

“Dalam konteks ini, jenama atau tanda dagangan akan menarik lebih ramai audiens dan membuatkan mereka mengingati kita,” katanya lagi.

Sehubungan itu, kata Bad, menjadi pempengaruh tidak semudah yang dilihat oleh masyarakat kerana perlu berfikir setiap hari mencari kandungan untuk dibuat skrip serta susunan cerita.

“Cabaran kedua, tidak semua menyukai kandungan yang dihasilkan walaupun ia tidak mengganggu sensitiviti mereka.

“Ia lumrah bagi pempengaruh kerana tetap ada yang mencari kesalahan kita.

“Seterusnya, secara peribadi ramai yang mempersenda saya sewaktu mula-mula bergiat aktif dalam membuat video.

“Ramai yang memberitahu bahawa perkara yang saya lakukan tiada hasil dan memalukan diri sendiri tetapi saya tetap teruskan.

“Saya mempunyai pandangan jauh dan ingin menaikkan nama pempengaruh berasal dari Sarawak khususnya Mukah.

“Saya akui hanya sedikit pempengaruh atau pencipta kandungan dari Mukah dan saya ingin mengubah perkara tersebut supaya lebih ramai yang mengikuti langkah saya,” jelasnya lagi.

Baginya, ilmu sangat penting dan ia bukan dari segi pembelajaran sahaja tetapi kemahiran bersosial, berfikir serta adab.

Baca lain  Mengapa perlu melabur dalam karbon biru?

“Saya sangat tidak bersetuju apabila ada sesetengah yang mengatakan bahawa Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tiada nilai. SPM mengajar kita tentang cara berfikir untuk melangkah ke alam universiti dan seterusnya alam pekerjaan.

Bad menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial Dengan Kepujian (Kajian Khidmat Sosial) di Universiti Malaysia Sarawak pada 2022.

“Sebagai pencipta kandungan, saya sangat mementingkan pendidikan walaupun ia tiada kaitan dengan pekerjaan yang dilakukan tetapi ilmu sangat penting supaya kita tidak cetek akal serta mampu berfikir secara luas,” tambahnya.

Pada masa sama, dia menasihatkan pelajar yang ingin menjadi pempengaruh untuk berani mencuba sesuatu yang baharu.

“Memang tidak mudah, tetapu minat yang mendalam dalam bidang ini tidak putus sekiranya kita menginginkan ia menjadi kenyataan.

“Kita harus berhati-hati dalam banyak perkara supaya tidak menimbulkan sebarang isu sensitif dan provokasi,” tambahya.

BERITA LAIN

Lokasi wajib dikunjungi di Miri

MIRI terkenal dan menjadi tumpuan sebagai bandar raya kaya dengan hasil bumi seperti petroleum serta gas asli di Sarawak. Miri juga mempunyai banyak lokasi menarik

Lebih santai, pelanggan selesa

Pada awalnya bermula secara sambilan, kemudian dilihat memiliki potensi setelah isi kandungan tersebut mendapat perhatian pelanggan. “Alhamdulillah, setiap bulan ada pihak yang mendapatkan khidmat mencipta

TWFTY studio gambar kendiri

BERMULA sekadar hobi, aktiviti merakam video kandungan media sosial kini menjadi kerjaya menjana pendapatan. Pengarah TWFTV Studio, Muhammad Nur Faiq Mohamad berkata, dia tidak menyangka

Sedia panduan tepat untuk remaja

DALAM usaha untuk meningkatkan kesedaran dan pemahaman mengenai kesihatan reproduktif dan pendidikan seksualiti dalam kalangan kanak-kanak, Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK) Desa Ilmu baru-baru ini bekerjasama

BERITA TERBARU