ARTIKEL

Bijak gabung gaya moden, tradisional

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SELAIN hidangan dan busana pengantin, hiasan pelamin juga seolaholah wajib semasa majlis perkahwinan.

Ini kerana, ia menjadi elemen penting digunakan oleh pasangan mempelai untuk bersanding dan sesi tepung tawar.

Malah, pelamin juga menjadi sudut bergambar oleh keluarga, rakan serta jemputan untuk merakam kenangan majlis tersebut.

Gaya dan tema pelamin pula harus sesuai agar majlis perkahwinan yang diadakan bertambah seri.

Menurut penghias pelamin di Mukah, Hidayat Han, 28, gaya atau tema pelamin yang paling popular pernah dilakukannya ialah “Pelamin Kontem”.

“Ia tidak terlalu moden dan tradisional, sesuai dengan majlis perkahwinan bagi masyarakat di Mukah yang kebanyakannya kahwin campur.

“Tema Pelamin Kontem ini kebanyakannya digunakan di rumah panjang masyarakat Iban.

“Bagi perkahwinan campur seperti masyarakat Iban dan Melanau, pelamin dihiasi dengan dua elemen bangsa tersebut.

“Saya menggunakan elemen terendak bagi menggambarkan kaum Melanau dan terabai untuk kaum Iban,” katanya kepada Suara Sarawak.

Di samping itu, Hidayat mendedahkan bahawa dia mula berjinak-jinak dalam dunia menghias pelamin sejak 2017.

Baca lain  Manisan CARROL SYLVIA ..jadi sumber pendapatan

“Pada mulanya, saya cuma pembantu kepada rakan yang juga seorang penghias pelamin.

“Apabila saya melihat ia mendapat sambutan tinggi daripada masyarakat di sini, saya mula belajar untuk menjadi penghias pelamin daripada saudara Nora Harun.

“Dia (Nora) banyak memberi tunjuk ajar dalam bidang ini sehingga saya mampu menyediakan perkhidmatan ini kepada orang ramai,” katanya lagi.

Ujarnya, sokongan padu daripada kedua ibu bapanya turut menyebabkan dia kekal berkecimpung dalam bidang ini.

Dedah Hidayat, dia juga mengambil contoh hiasan pelamin daripada media sosial seperti TikTok, Instagram, Facebook dan Youtube.

“Sekarang saya lebih banyak mengambil contoh daripada TikTok dan menyesuaikannya dengan permintaan pengantin. “Contoh pelamin permintaan pengantin juga antara inspirasi untuk dijadikan rujukan dalam bidang hiasan ini,” jelasnya.

Sambutan menggalakkan Dedahnya, untuk satu set pelamin, kebiasaannya dia mengambil tiga hingga empat jam mengikut permintaan pelanggan.

“Ini kerana, barangan yang digunakan adalah yang pasang siap.

“Setakat ini, saya tidak dibantu oleh sesiapa menghias pelamin kerana ini perniagaan kecil-kecilan sahaja.

Baca lain  Kempen Sifar Pembaziran

“Alhamdulillah, walaupun melakukannya seorang diri, sambutan orang ramai sangat menggalakkan.

“Ini kerana, selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 2021, semakin ramai yang meminta saya untuk menghias pelamin mereka termasuk dari Sibu dan Bintulu,” ujarnya.

Menyentuh tentang cabaran yang dilalui, dia memberitahu antaranya adalah bersaing dengan penghias pelamin lain dan berdepan dengan ragam pelanggan.

Tambahnya, selain menghias pelamin, dia turut membuat dekorasi untuk sesi penggambaran dan menjahit busana pengantin yang ringkas.

Pakej solekan turut disediakan dalam pakej pelamin bersamasama, Nur Athirah Han.

Justeru, Hidayat berharap agar bidang ini mampu membuatnya berjaya dan seterusnya membanggakan ibu bapanya yang mahu melihat dia menjadi insan hebat.

BERITA LAIN

Terus budaya baca al-Quran

SETIAP kali Ramadan, kita lihat ramai mengikuti kumpulan tadarus al-Quran sehingga berjaya khatam. Semangat ini sangat baik untuk diteruskan walaupun Ramadan berlalu. Firman Allah dalam

Yayasan Ikram Miri santuni asnaf

MEMBAWA semangat prihatin dan mengingati golongan memerlukan, Yayasan Ikram Miri melancarkan program sumbangan pek Ramadan bertujuan membantu murid daripada golongan asnaf. Melalui sumbangan tersebut, penerima

Pendarahan teruk apabila luka

Memandangkan hemofilia ialah penyakit sejak lahir dan biasanya diwarisi, ia dikatakan terjadi melalui gen atau baka ibu bapa yang mempunyai warisan genetik kromosom X. Oleh

Hemofilia perlu kesedaran awam

SAMBUTAN Hari Hemofilia pada 17 April setiap tahun dilakukan sejak 35 tahun lalu bermula pada 1989. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Hemofilia ialah penyakit yang

BERITA TERBARU

Hina Premier Sarawak, tiga Setiausaha lapor polis

KUCHING: Tiga Setiausaha kepada Premier Sarawak bertindak membuat laporan polis berhubung kes dipercayai menfitnah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg oleh