ARTIKEL

Bijak jauhi zina

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BARU-baru ini, tujuh sekolah menyertai program Anda Bijak Jauhi Zina (ABJZ) anjuran Wanita Ikram Bintulu dengan kerjasama Ikram Teens di Dewan Cenderawasih Sekolah Menengah Kebangsaan Bintulu.

Penganjur membuat jemputan khas dari Raudatus Sakinah Master Training & Consultancy sebagai penyampai modul dan dihadiri 273 pelajar.

Sekolah yang menyertai program tersebut ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Bintulu, Sekolah Menengah Kebangsaan Bintulu, Sekolah Menengah Kebangsaan Asyakirin Bintulu, Sekolah Menengah Kebangsaan Baru Bintulu, Sekolah Menengah Kebangsaan Kemena, Kolej Vokasional Bintulu dan juga Sekolah Menengah Kebangsaan Kidurong.

Program ini menumpukan pada usaha awal sebelum remaja terjebak ke dalam kancah permasalahan sosial.

Program ABJZ berkonsepkan sesi interaktif yang membincangkan permasalahan gejala sosial dalam kalangan remaja dan bagaimana menanganinya.

Penerangan dan pendidikan tentang seks berlandaskan nilai agama serta penyakit kelamin yang terjadi akibat seks bebas.

Program ini disusuli penghayatan dan introspeksi diri agar mampu membina kesedaran dan perubahan dalam diri remaja belia Malaysia.

Di peringkat program bimbingan dengan IPTA dan IPTS, program ini dilaksanakan dalam pelbagai bentuk yang menitikberatkan peranan mahasiswa dan mahasiswi dalam membentuk kebijaksanaan moral selain kecemerlangan akademik.

Program kesedaran bersama-sama ibu bapa dan guru juga dilaksanakan bagi mengetengahkan isu semasa keruntuhan moral dalam kalangan remaja serta membincangkan faktor penyebab dan langkah awal pencegahan.

LAIN-LAIN BERITA

Dendang nurani malam bersama Palestin

DEWAN Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak (DBPCS) menganjurkan persembahan Dendang Nurani-Malam Bersama Palestin di Balai Budaya sebagai tanda laungan keadilan sisi kemanusia, barubaru ini. Acara

KONGSI PENGETAHUAN, PENGALAMAN

KUNJUNGAN hormat Pengarah Ikmas, Hanifuddin Roslan ke Pusat Penerangan Islam (IIC) disambut baik oleh Ketua Pegawai Eksekutif IIC, Dr. Asmah Othman. Pengurus Bahagian Penyelidikan dan

Anak lambat bercakap

ANAK saya belum bercakap. Kenapa si kecil saya tidak bercakap? Berapa banyak perkataan yang sepatutnya dikeluarkan oleh kanak-kanak berumur dua tahun? Gejala anak lambat bercakap

Penjagaan kebun musim hujan

MUSIM hujan, adakalanya menjadi kelebihan kepada tanaman kerana keperluan airnya mencukupi. Secara tidak langsung, anda tidak perlu menyiram. Bagaimanapun, musim hujan juga antara punca tanaman

Terima kasih Tun Taib

ALLAHYARHAM TUN PEHIN SRI ABDUL TAIB MAHMUD tokoh Sarawak disegani membawa pelbagai perubahan kepada masyarakat berbilang kaum dan agama di Bumi Kenyalang. Mempelopori bidang politik,

BERITA TERBARU

Sedar mahu belajar daripada GPS untuk majukan Sabah

KUCHING: Parti Sedar Rakyat (SEDAR) bersedia untuk mengadakan rundingan kerjasama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Presidennya, Datuk Othman Abdillah berkata, usaha itu bagi memastikan Sedar

Mi kolo digazet nyadi Pemakai Pesaka Menua

KUCHING: Pemakai ti dikerindu mensia mayuh di Sarawak, mi kolo diatu udah digazet nyadi siti Pemakai Pesaka Menua tauka ‘Makanan Warisan Kebangsaan’. Pekara nya mega