ARTIKEL

Bijak sorok masalah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

TIDAK kira kita kaya atau miskin, semuanya akan terkesan dengan kenaikan harga barang yang berlaku sekarang.

Disebabkan kenaikan harga barang, kita terpaksa mengubah cara hidup demi meneruskan kelangsungan hidup.

Orang kaya mungkin tidak terasa sangat mengenai kenaikan harga barang, namun ia memberi kesan begitu mendalam kepada golongan berpendapatan rendah

. Sebelum ini, mereka mungkin masih boleh merancang kewangan, namun disebabkan perkara luar jangka ini, ada antara perbelanjaan biasa terpaksa disekat.

Kita harus menyedari tidak semua dalam kalangan masyarakat sekarang mudah menceritakan masalah hidup yang ditanggung kepada kenalan.

Ada jenis yang sangat berahsia sehinggakan seberat-berat masalah sedang dihadapi, dia memilih untuk berdiam diri.

Jika anda mempunyai kenalan, adik-beradik atau saudara-mara seperti ini, memang sukar untuk membantu mereka.

Besar kemungkinan kita tidak tahu mereka sedang bergelut dengan masalah kewangan atau kerja.

Tetapi ada beberapa petunjuk yang boleh membantu mengenal pasti kenalan anda sedang berada dalam tekanan

Kebiasaannya menjadi seorang ejen tidak kira jualan hartanah, takaful, insurans, kereta atau penapis air bukan pilihan kerjaya pertama.

Tetapi bidang ini mempunyai syarat kemasukan terbuka.

Sesiapa sahaja yang mempunyai kelayakan pendidikan minimum boleh menyertai tanpa mengira latar belakang.

Oleh sebab itu, biasanya kerjaya sebagai ejen jualan ini menjadi kerjaya pilihan mudah bagi mereka yang kehilangan kerja atau sedang berdepan dengan masalah kewangan.

Kebebasan waktu yang diberikan serta peluang pendapatan lumayan menjadi pilihan mereka yang sedang sesak.

Sekiranya ada dalam kalangan kawan anda tiba-tiba menjadi ejen, seelok-eloknya dekati mereka walaupun ada kemungkinan dia akan menjual kepada kita.

Sebaliknya, berikan sokongan moral dan kata-kata semangat walaupun kita tidak dapat menjadi klien dia.

Perkhidmatan e-panggilan turut menjadi pilihan bagi mereka yang sedang berdepan kesesakan hidup untuk memperoleh duit belanja.

Kalau ada kawan anda tiba-tiba rajin membawa teksi persendirian atau hantar makanan, ia petanda awal mereka sebenarnya sedang menghadapi masalah kewangan.

Bukan semua mahu jadi ejen jualan, jadi bidang ini biasanya menjadi pilihan utama mereka yang hilang kerja.

Sejak era pandemik dahulu, ramai kakitangan agensi kerajaan atau syarikat swasta diberikan peluang bekerja dari rumah.

Namun ramai sebenarnya ketika ini tiada kerja tetapi menggunakan alasan ‘saya work form home’ untuk mengaburi mata kita daripada masalah mereka.

Memang tidak semua yang bekerja dari rumah mengalami masalah kewangan tetapi ramai lebih selesa mengakui sedang bekerja dari rumah berbanding tiada sumber pendapatan.

Jika ada kawan kita berbulanbulan mengaku bekerja dari rumah, cubalah siasat untuk mengetahui keadaan sebenar mereka.

Jika perlu bantuan, bantulah apa yang kita terdaya.

Memang sukar untuk kita mengesan individu yang terkesan masalah kewangan.

Sebagai manusia, kita lebih memilih untuk berkongsi kisah positif terutama di media sosial.

Media sosial sekarang sudah menjadi ruang untuk melepaskan kekecewaan.

Sekiranya ada dalam kalangan kawan yang kurang mengemas kini media sosial, namun secara tiba-tiba rajin membuat hantaran, mereka mungkin ingin meluahkan sesuatu.

Besar kemungkinan kawan kita ini berdepan masalah sama ada di tempat kerja atau rumah.

Setiap orang sebenarnya mempunyai kaedah tersendiri untuk lari daripada masalah.

Ada orang lebih gemar mendiamkan diri, namun ada juga yang sentiasa ingin mencuri perhatian ramai.

Dalam keadaan kenaikan harga barang yang berlaku sekarang, sudah pasti ramai dalam kalangan kita terkesan.

Kita mungkin boleh membantu kawan yang dilanda masalah mengikut kemampuan masingmasing.

Tidak ada manusia di dunia ini yang mahu hidup susah.

Semuanya mahu hidup mewah dan mampu memberikan apaapa sahaja keperluan keluarga.

Kita dapat lihat di sekeliling, ada dalam kalangan kawan atau saudara-mara terpaksa melakukan lebih daripada satu kerja demi untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Ada juga yang membuka perniagaan walaupun masih bekerja.

Semua ini disebabkan desakan hidup.

Mereka perlu membiayai persekolahan anakanak, membeli lampin pakai buang atau susu.

Kalau boleh kita sokong kawan yang mampu melakukan lebih daripada satu kerja.

Janganlah kita memperlekehkan mereka kerana tidak semua mampu melakukan kerja yang banyak dalam satu-satu masa.

Untuk melakukan lebih daripada satu kerja sebenarnya memerlukan banyak pengorbanan.

Ini kerana kita perlu berkorban masa dan tenaga.

Bukan itu sahaja, kita juga perlu kuat dalam aspek fizikal dan mental.

Kita mungkin beranggapan mereka yang melakukan dua atau tiga kerja dalam sehari hidup senang, namun kita tidak pernah tahu apa yang mereka lalui.

Sebenarnya untuk melakukan pekerjaan yang banyak bukan perkara mudah.

Jika tidak bersedia, adalah lebih kita untuk kekal dengan pekerjaan hakiki.

Pelbagai cabaran akan kita lalui sekiranya bekerja dan pada masa sama berniaga.

Jika bekerja, pada hujung bulan kita akan dibayar gaji.

Namun berniaga agak berbeza kerana tidak tahu apa yang akan berlaku esok dan hari seterusnya.

Ini kerana berniaga memerlukan kita komited dan tidak cepat berputus asa.

Semoga kehidupan kita semua dipermudahkan dan segala masalah yang dihadapi dapat diatasi dengan lancar dan mudah. 

LAIN-LAIN BERITA

Jaga adab di jalan raya

TIDAK kira hujan atau panas, kebanyakan lelaki lebih gemar menunggang motosikal untuk ke tempat bekerja. Walaupun terpaksa menggunakan baju hujan, motosikal tetap pilihan utama mencari

Kisah Prabowo panglima terbuang

BERDASARKAN hitung pantas, Prabowo Subianto sudah hampir pasti akan mengangkat sumpah sebagai Presiden Republik Indonesia ketujuh pada Oktober depan. Kiraan pantas dan tidak rasmi tersebut

Selidik pemungut derma

MENURUT pprm.dbp.gov. my derma ialah pemberian yang ikhlas berupa wang dan lain-lain kepada orang miskin; dan juga bantuan wang kapada kumpulan (yayasan dan lain-lain). Mudah

Kematian semakin dekat

KEMATIAN, sebagai satusatunya kepastian dalam kehidupan manusia, menghantui fikiran manusia sejak awal zaman.  Kehidupan pasti diakhiri dengan kematian sebagaimana firman Allah SWT dalam al-Quran surah

Presiden kelapan bulan sepuluh

KIRAAN cepat (quick count) sejumlah badan bebas berkaitan Pemilihan Presiden (Pilpres) Indonesia 2024 pada Sabtu, 17 Februari, menunjukkan pasangan PrabowoGibran unggul teratas. Mereka meraih 58.48

Bahaya bah betina

SEKALI air bah, sekali pantai berubah. Sekali banjir melanda, air masuk rumah, keseluruhan isi di dalam rumah berubah. Banjir suatu fenomena alam yang sentiasa melanda

BERITA TERBARU

Lebih 360,000 ngusung Muzium Budaya Borneo

KUCHING: Muzium Budaya Borneo (BCM) ngerikod lebih 360,000 pengusung sepemanjai taun 2023. Menteri Dagang Temuai, Industri Kreatif enggau Seni Pemerindang (MTCP), Datuk Seri Abdul Karim