Bilangan KIR terima bantuan bakul makanan meningkat

KAPIT: Terdapat peningkatan sebanyak 24.4 peratus bagi Ketua Isi Rumah (KIR) yang menerima bantuan bakul makanan di seluruh negeri tahun ini.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 473,558 KIR menerima bantuan bakul makanan dengan peruntukan RM35.5 juta tahun ini berbanding 380,762 KIR dengan peruntukan RM16,400,000 pada tahun lalu. “Di kawasan luar bandar, hampir semua KIR mendapat bantuan bakul makanan.

“Di kawasan bandar pula, keutamaan diberi kepada golongan B40,” katanya.

pada majlis penyerahan bantuan bekalan makanan Sarawakku Sayang (BKSS) di Pekan Kapit di sini, semalam.

Tambah Abang Johari, ekoran pertambahan penerima bantuan bakul makanan maka peruntukan ditambah daripada RM16.4 juta tahun lalu kepada RM35.5 juta kali ini.

“Ini menunjukkan peningkatan 116 peratus peruntukan yang dibelanjakan untuk bantuan makanan.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 11 Jun 2021

Suara Sarawak