ARTIKEL

Bilangan projek tertangguh di Sarawak berjaya dikurangkan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Bilangan projek tertangguh secara kritikal di Sarawak telah berjaya dikurangkan secara drastik daripada 98 kepada 34 projek, setakat April tahun ini.

Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, daripada jumlah tersebut 20 daripadanya adalah projek Persekutuan manakala 14 lagi adalah projek negeri.

“Kementerian saya dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak juga sedang giat memantau perkembangan projek yang tertangguh secara kritikal di bawah bidang kuasa kami. Penilaian dan langkah-langkah pencegahan akan dilaksanakan sebelum keputusan penentuan diambil.

“Lesen bagi kontraktor yang telah ditentukan juga akan digantung untuk tempoh tiga tahun. Manakala, Lembaga Pengarah atau pemegang saham akan disenaraihitamkan untuk tempoh minimum tiga hingga maksimum lima tahun, bergantung kepada tahap kesalahan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan 
ucapan penggulungan kementeriannya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini.

Tambahnya, pada Jun 2022 terdapat 98 projek tertangguh secara kritikal telah direkodkan kerana sektor pembinaan terus berhadapan dengan kesan pandemik Covid-19 yang telah menyebabkan prestasi buruk oleh kontraktor dan kelewatan dalam penyampaian projek.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU