ARTIKEL

Bilik pameran dalam rumah terbakar 100 peratus

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Sebuah stor dalam rumah kediaman setingkat jenis kekal terbakar 100 peratus dalam kebakaran di Jalan Taman Hing Chin, Jalan Riam, di sini, hari ini.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 10.53 pagi.

“Setibanya di lokasi, Komander Operasi yang juga Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bonny Martin Saging Mato melaporkan kebakaran melibatkan stor dalam rumah yang dijadikan sebagai bilik pameran.

“Stor berkeluasan lapan kali empat kaki persegi itu telah musnah terbakar 100 peratus, manakala kediaman itu musnah 25 peratus.

“Pasukan bomba seterusnya bertindak membuat pemadaman dan melakukan kerja-kerja pembersihan bagi memastikan tiada punca api dan nyalaan semula,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ujarnya, terdapat barangan mudah terbakar seperti bahan buku, fail dan majalah terpakai musnah dalam kebakaran itu.

Tambahnya lagi, tiada sebarang kecederaan serta kemalangan jiwa dilaporkan dan operasi tamat pada jam 11:23 pagi.

Keadaan stor dan bangunan selepas terbakar.

BERITA LAIN

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya

BERITA TERBARU

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya