ARTIKEL

Bilik terbakar, pekerja kedai makan selamat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Pasukan bomba memadam kebakaran yang memusnahkan sebuah bilik pekerja kedai makan pada awal pagi tadi.

KUCHING: Pekerja sebuah kedai makan di sini selamat apabila sebuah bilik di rumah kedai yang didiami mereka di BDC, di sini terbakar pada awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kira-kira jam 3.49 pagi dan segera mengerahkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya ke lokasi.

“Kebakaran melibatkan sebuah bilik pekerja yang berada di tingkat dua bangunan kedai berkenaan telah terbakar 100 peratus.

“Kejadian tiada melibatkan kecederaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya pasukan bomba berjaya memadam kebakaran kira-kira jam 4.08 pagi.

Tambahnya punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan

BERITA LAIN

Kerap pantau harga barang

SIBU: Impak kenaikan harga diesel di Semenanjung kemungkinan akan memberi kesan kepada Sabah dan Sarawak. Kebimbangan ini disuarakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit

BERITA TERBARU

Kerap pantau harga barang

SIBU: Impak kenaikan harga diesel di Semenanjung kemungkinan akan memberi kesan kepada Sabah dan Sarawak. Kebimbangan ini disuarakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit