ARTIKEL

Bilik tidur selesa, nyaman

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BILIK tidur memainkan peranan penting dalam menjaminkan kualiti tidur penghuninya.

Rata-rata individu menghabiskan banyak masa di bilik tidur berbanding ruangan lain di rumah.

Justeru, penting untuk anda meluangkan sedikit masa menghias persekitaran bilik tidur agar waktu rehat anda lebih berkualiti dan nyaman.

PENCAHAYAAN

Pencahayaan pada waktu malam merupakan elemen paling penting untuk mendapatkan tidur lena.

Kebanyakan individu lebih memilih suasana gelap atau suram untuk berehat.

Oleh itu, mendapatkan pencahayaan betul sangat penting baik secara semula jadi atau menggunakan lampu.

Sebagai contoh, sediakan dua jenis lampu di dalam bilik tidur anda — lampu biasa dan lampu dinding.

Matikan lampu utama dan guna pencahayaan yang lebih lembut untuk menerangi bilik. Lebih baik jika anda gayakan sisi katil dengan lampu meja atau lampu dinding.

Biasanya cahaya lampu tersebut lebih lembut dan kurang silau membolehkan anda lebih selesa untuk berehat.

KATIL KEMAS

Perabot paling penting di dalam bilik tidur ialah katil.

Pastikan katil anda menggunakan tilam, bantal dan cadar yang selesa.

Jangan lupa membersihkannya kerana kebanyakan masa dihabiskan di katil.

Selain itu, pemilihan jenis tilam yang sesuai boleh membantu penjagaan tulang belakang dan melegakan sakit pinggang.

Perabot dan keperluan bilik tidur bebaloi untuk “dilaburkan” berbanding perabot di ruangan lain.

PENGUDARAAN

Bagi mereka yang berkemampuan, pastikan bilik tidur anda dilengkapi penyaman udara.

Penyaman udara penting untuk mengawal suhu di bilik tidur untuk sentiasa nyaman dan selesa.

Sementara itu, sekiranya bilik hanya dilengkapi kipas angin, pastikan pengudaraan bilik tidak pegun dengan penyediaan tingkap.

Ini bagi memastikan udara panas tidak terperangakp di dalam bilik tidur anda dan menjadikan ruangan tidak selesa.

Selain itu, pastikan bilik sentiasa dibersihkan untuk mengurangkan debu.

TIP TAMBAHAN

Biasakan rutin sebelum tidur dengan minum secawan teh herba panas atau air suam untuk menenangkan diri.

Apabila badan dan mental berada dalam keadaan tenang, anda berasa lebih mudah untuk tidur.

Jangan biasakan diri anda untuk menatal telefon sebelum tidur kerana ia boleh membuatkan anda leka dan memendekkan masa rehat anda.

LAIN-LAIN BERITA

Terima kasih Tun Taib

ALLAHYARHAM TUN PEHIN SRI ABDUL TAIB MAHMUD tokoh Sarawak disegani membawa pelbagai perubahan kepada masyarakat berbilang kaum dan agama di Bumi Kenyalang. Mempelopori bidang politik,

Persediaan Ramadan

BERTEMAKAN I am the best Muslim, anak-anak penduduk di Taman Sri Makmur mengikuti aktiviti yang dianjurkan oleh Wanita Ikram Kuching, Sabtu lalu. Program ini merupakan

Cantik, serba boleh

Kemuncak acara menyaksikan Jesseca Long dari Singapura dinobatkan sebagai Miss Global Asian 2024 oleh Miss Global Asian 2023, Gliyam Cundangan dari Filipina. Manakala, Dyan Shane

Pesona Jelitawan Asia

SEBAGAI landasan memperkasa wanita Asia dari seluruh dunia, Tiara Management dan Leading Management komited menganjurkan pertandingan Ratu Cantik Global Asian di Hyatt Place Kuala Lumpur,

Hias bilik anak

PADA USIA TERTENTU, ibu bapa harus mengajar anak-anak mereka untuk tidur secara berasingan. Untuk itu, penyediaan dan dekorasi bilik anak memainkan peranan penting untuk memastikan

Pusat peranginan World Awana

TERLETAK hanya 35 minit perjalanan dari pusat bandar Kuala Lumpur, pusat peranginan World Awana merupakan destinasi terbaik percutian di sekitar Genting Highlands. Pusat peranginan ini

BERITA TERBARU

China keluarkan amaran cuaca buruk

BEIJING: Amaran cuaca buruk diumumkan di seluruh kawasan China pada Rabu ketika suhu menjunam di selatan, dengan Beijing kini dalam keadaan bersalji. Pihak berkuasa memperbaharui

KUCHING: Sebanyak lapan syarikat di bawah Program Gate to Global (GTG) MARA menyertai Pameran Perdagangan Antarabangsa Gulfood 2024 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu. Pameran di

Song Hye Kyo biarawati Dark Nuns

Pelakon Korea Selatan, Song Hye Kyo kembali ke dunia lakonan dengan membintangi fi lem Dark Nuns.  Selain Hye Kyo, terdapat bintang lain seperti Vincenzo Jeon

Terima kasih Tun Taib

ALLAHYARHAM TUN PEHIN SRI ABDUL TAIB MAHMUD tokoh Sarawak disegani membawa pelbagai perubahan kepada masyarakat berbilang kaum dan agama di Bumi Kenyalang. Mempelopori bidang politik,